Kumpulan Big Bang antara kumpulan K-Pop yang menjadi kegilaan ramai peminat di seluruh dunia.
HALAMAN HIBURAN
SATU hakikat yang harus
diterima, tindakan tiga gadis memeluk dan mencium anggota kumpulan B1A4
secara tak langsung telah mempromosi dan mengangkat lagi populariti
K-Pop yang dibawa dari Korea Selatan ke negara ini.
Biarpun tindakan itu tidak putus-putus menerima kritikan dan kecaman
pelbagai pihak, ia sedikit pun tidak melunturkan minat dan kegilaan
peminat hiburan genre ini di Malaysia, yang kebanyakannya terdiri
daripada golongan gadis.
Nyata, fenomena virus merbahaya K-Pop yang pada mulanya melanda Korea itu telah merebak
ke Malaysia, apa lagi bila disokong pemerintah yang mengaku 'negara Islam' atau agma rasminya agama Islam. Mari kita manfaatkan info mStar Online yang cuba
menyelami pandangan dan perasaan peminat-peminat mereka yang ekstream.
Info 1:
Seorang peminat K-Pop yang hanya mahu dikenali sebagai Farah mengakui
agak sukar untuk menyatakan dengan jelas mengapa K-Pop menjadi kegilaan
ramai. Katanya, K-Pop mempunyai banyak cabang, bukan sekadar irama dan
artisnya sahaja, tetapi merangkumi gaya hidup, tarian, fesyen,
termasuklah kisah realiti hidup artisnya yang dirasakan menjadi salah
satu faktor mengapa K-Pop dapat diterima ramai dan dekat dengan dengan
peminat.
"K-Pop bukan semata-mata lelaki jambu. Hanya mereka yang minat K-Pop
dan mengikuti perkembangannya sahaja yang dapat memahaminya dengan
jelas.
"Ada yang fanatik K-Pop sebab lelakinya comel dan kacak, tapi saya lebih menjurus kepada muzik dan tariannya," katanya kepada mStar Online.
Meminati kumpulan Big Bang sejak awal kemunculannya, katanya bukan
lagi rahsia adanya ramai peminat fanatik K-Pop di Malaysia, terutama
yang berbangsa Melayu dan Cina. Beliau berpandangan, karektor dan kejujuran lelaki dari Korea,
khususnya yang terlibat dengan K-Pop dalam berkarya dan menghargai
peminatnya juga menyebabkan mereka mampu menawan hati peminat.
"Di kalangan peminat, mereka sering bertukar-tukar informasi atau
perkembangan artis K-Pop sesama sendiri, berbincang tentangnya, malah
ada juga yang berlumba-lumba mendapatkan perkembangan terkini artis
kesayangan mereka itu," katanya.
Tidak terkecuali, ada yang menyimpan angan-angan untuk berkahwin dengan artis-artis kesayangan mereka. Tambahnya, adalah perkara biasa apabila peminat artis K-Pop mengikuti
perkembangan artis kesayangannya setiap hari, dan beliau percaya di
Malaysia, ia masih terkawal dan dilakukan sekadar 'suka-suka'.
"Saya tak pasti sama ada saya fanatik atau tak. Apa yang saya tahu,
memang ramai peminat yang obses dengan K-Pop, mereka tahu serba-serbi,
apa sahaja tentang artis-artis dan perkembangan K-Pop.
"Saya memang minat tapi masih realistik, tak sampai tahap berangan nak kahwin dengan lelaki K-Pop.
"Tapi ada ciri-ciri lelaki K-Pop termasuk dalam lelaki idaman saya
iaitu yang nampak macam lelaki Cina dan yang comel-comel, dan saya
berharap jodoh saya dengan lelaki yang ada ciri seperti itu," katanya. Kerana minatnya itu juga, dia dan beberapa rakannya telah beberapa
kali terbang ke Korea untuk bercuti dan jika ada rezeki, dapatlah mereka
bertemu artis-artis yang diminati. Farah memberi pandangan, terbang ke Korea hanya kerana terpengaruh
dengan K-Pop atau drama-drama Korea tidak boleh lagi dianggap sebagai
kegilaan kerana terlalu ramai yang sudah berbuat demikian. "Artis-artis di sana suka buka kafe, jadi kami lepak di situ selepas
pergi ke pejabat pengurusan salah seorang artis K-Pop untuk beli
cenderamata. Tak disangka-sangka salah seorang artis yang saya minat
lalu di depan kami.
"Walaupun saya minat sangat dengannya, tapi pada waktu itu apa yang
saya boleh lakukan hanya sekadar memandang wajahnya, saya terkejut dan
terpegun, tak bergambar pun dengannya," katanya. Info 2 Lain pula cerita Faiezan Salleh apabila mengakui kegilaannya terhadap
artis K-Pop, tetapi bukan terhadap artis K-Pop lelaki kerana pada
pandangannya tidak mempunyai ciri-ciri lelaki sejati. Sebaliknya, wanita berusia 30 tahun yang bertugas sebagai pakar
sistem bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat di Bangsar ini obses
terhadap kumpulan K-Pop yang anggotanya terdiri daripada gadis-gadis
Korea yang menamakan kumpulan mereka sebagai Girls Generation.
Girls' Generation Beliau menyifatkan artis yang diminatinya ini sebagai comel dan gila-gila. "Punyalah minat, kalau mereka bersin pun nampak comel. Suara penyanyi utamanya tersangatlah merdu.
"Setiap hari saya pasti akan tengok video mereka di YouTube dan dengar lagu-lagu mereka," katanya. Katanya, seorang rakannya telah memperkenalkan kumpulan ini ketika
dia bosan menunggu seseorang dan sejak itu dia 'jatuh cinta' dengan
gelagat sembilan anggotanya dan lagu-lagu yang disampaikan. "Mula-mula saya nampak mereka semua hampir sama, tapi bila sudah kenal, tengok kaki mereka pun saya sudah tahu siapa.
"Saya juga tahu tarikh lahir mereka, nama dan latar belakang keluarga
mereka...apa yang mereka cakap di YouTube pun saya boleh hafal hampir
kesemuanya," katanya yang turut mempunyai CD kumpulan ini. Sudah beberapa kali berkunjung ke Korea, Faiezan bagaimanapun tidak
berhasrat untuk bertemu dengan kumpulan yang diminatinya ini kerana
beliau mempunyai alasannya sendiri. "Saya tak mahu jumpa mereka sebab takut bila sudah jumpa, mereka sebenarnya sombong, tak seperti yang saya tengok dalam video.
"Mesti lepas jumpa nanti saya minat mereka 'gila-gila', lebih baik minat macam ni saja tak payah jumpa," katanya. Info 3 Bagi pekerja bank yang hanya mahu dikenali sebagai Sha, tidak
disangka-sangka, bermula daripada suka melihat gelagat lelaki-lelaki
Korea akhirnya membawa kepada pertemuannya dengan kekasihnya yang
berasal dari negara itu. Berusia 29 tahun, wanita yang berkerja di salah sebuah bank di ibu
kota ini berkata, beliau sering mengimpikan seorang kekasih yang
romantik dan kelakar seperti yang dilihat di internet atau televisyen
dan kini impiannya sudah menjadi kenyataan. "Itulah bezanya lelaki Korea dan lelaki Melayu.
"Saya pernah ada teman lelaki Melayu dan saya dapat katakan mereka
(lelaki Korea) lebih lembut, romantik, kelakar dan berfikiran terbuka,"
katanya. Sha berkenalan dengan teman lelakinya yang sedang bertugas sebagai
akauntan di Singapura melalui media sosial dan mereka sering bertemu. "Kami masih mengenali hati budi dan setakat ini saya senang dengannya.
"Wajahnya, bagi saya 'boleh tahan' sebab saya memang suka tengok
lelaki Korea dan dia sangat menghormati perempuan, itu yang paling utama
sebenarnya, bukan sebab dia lelaki K-Pop atau sebagainya," katanya. Malahan, buat pertama kali, beliau akan pergi ke Korea bersama teman lelakinya itu pada cuti Tahun Baru Cina tahun ini. Begitu antara kegilaan gadis-gadis Malaysia termasuk yang beragama Islam kepada K-Pop.
Girls' Generation has Chinese-speaking members
who have helped the group become even more popular in China.
PM Hj Najib Gembira Dengan K-Pop Hari Belia
Penyelesaian Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mempersoalkan tindakan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang membuat pusingan U
apabila memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap kepada tiga
remaja bertudung yang terbabit dalam kontroversi konsert K-Pop baru-baru
ini. Namun apa yang lebih membimbangkan, jika
kontroversi yang berlaku sebelum ini berulang pada satu lagi
persembahan luar negara membabitkan artis K-Pop, Taeyang yang
dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 Februari depan.
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata,
tindakan itu disifatkan memalukan apabila Jawi mengubah keputusan atau
pendirian yang akhirnya memberi kesan buruk kepada mereka sebagai salah
sebuah agensi awam yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama di
sini.
Kebimbangan terhadap insiden yang sama
mungkin berlaku pada konsert Taeyang turut disuarakan oleh Setiausaha
Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Nor sekiranya
tiada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa. Beliau menyarankan pihak berkuasa dan
penganjur perlu bersama-sama melakukan perbincangan dalam mencari
penyelesaikan yang baik dari segi garis panduan.
Katanya, agensi yang meluluskan penganjuran konsert iaitu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal)
di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil kira
garis panduan hiburan dalam Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim).
Atau cuba lihat bagaimana kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya. (
IH).
Video:
No comments:
Post a Comment