PASUKAN Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam membunuh 43 polis Filipina di sebelah selatan negara itu. Polis ketika itu sedang memburu warga Malaysia ahli pembuat bom sekaligus pemimpin kumpulan Jemaah Islamiyah bernama Zulkifli bin Hir, alias Marwan, dan seorang pembuat bom asal Filipina Abdul Basit Usman.
Timbalan Ketua Pengarah Polis Leonardo Espina berkata, komander Pasukan Tindakan Khas (SAF), polis elit Filipina, juga ikut korban dalam penentuan selama 12 jam di Bandar Mamasapano, Provinsi Maguindanao itu. Dalam jumpa pers di Bandar Cotabato, dia juga menyatakan sebelas polis elit luka.
Sebelumnya kerajaan Filipina dan MIFL sudah menandatangani perjanjian damai. Sedangkan kumpulan menamakan diri Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) belum bersetuju dengan perjanjian damai. Kedua kumpulan itulah yang terlibat baku tembak dengan polis.
Sejumlah foto memperlihatkan mayat para polis itu beredar di Internet.
"Ini adalah kehilangan terbesar dalam ingatan kami," kata Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Mar Roxas dalam jumpa pers.
"Mereka adalah para pahlawan yang gugur dalam operasi. Mereka hanya melaksanakan tugas. Kerana itulah kami menghormati mereka."
Roxas berkata pasukan SAF itu tengah memburu warga Malaysia ahli pembuat bom sekaligus pemimpin kumpulan Jemaah Islamiyah bernama Zulkifli bin Hir, alias Marwan, dan seorang pembuat bom asal Filipina Abdul Basit Usman. (IH)
No comments:
Post a Comment