Wednesday, January 14, 2015

Konsert Lenny Kravitz Pula Di M'sia Pada 29 Mac Ini..


HALAMAN HIBURAN




KL: Pemenang empat Grammy Awards, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, konsert pemuzik rock itu akan diadakan di SIC selepas perlumbaan berakhir dari pukul 6.30 petang hingga 11.30 malam.

Konsert berkenaan turut disertai artis tempatan. Konsert sebagai penghargaan kepada penonton yang memberi sokongan kepada perlumbaan, katanya.

Kravitz sudah 20 tahun (seperti di gambar sebelah) berada dalam industri muzik dengan menghasilkan 10 album yang terjual lebih 38 juta di seluruh dunia.

Sesuaikah konsert ini diadakan di Malaysia dalam membentuk generasi muda dalam pembangunan negara? Atau hanya hiburan tidak tentu arah semta-mata.. 

Konsert K-Pop "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" diadakan di Kulala Lumpur baru-baru ini menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu/Islam bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop dari Korea, perlu menjadi panduan. (IH)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Faqirulkhoir said...

Ketua Agama tak melencong ka ?

Anonymous said...

semoga malaysia hancur... dah hancur baru boleh rebuild balik for a better future..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails