Sejarah Peristiwa 13 Mei 1969
MARI kita lihat pertempuran hujjah lawan hujjah. Laman web http://malaysiatransformdaily.com membentangkan di bawah tajuk ', berkesimpulan..
- "Apabila tok guru bangkitkan isu PBT dan 13 may, ia bukan PBT yang sebabkan 13 May 1969, tetapi pembangunan masyarakat Madani yang tidak seimbang yang menyebabkan berhasilnya pertembungan tidak diinginkan sehingga tercetus rusuhan perkauman yang mudah diprovokasi oleh mereka berkepentingan.
- "Suasana itu yang tidak dikehendaki saat ini, sekiranya pilihanraya pbt dilaksanakan waktu ini tatkala perbezaan kelas ekonomi dan sosial amat terdedah kepada provokasi.
- "Itulah API DALAM SEKAM yang dimaksudkan Tok Guru.Haji Abdul Hadi Awang. Pemimpin yang berpandangan jauh dan Teliti. !!!!"
"Tok Guru Haji Hadi fokus kepada pembangunan masyarakat madani, bukan pilihanraya PBT.
Kalau tengok dalam artikel asal yang ditulis ialah tentang penyusunan masyarakat tamadun yang masih tidak seimbang yang menyebabkan sekiranya dilaksanakan pilihanraya PBT ia akan mengulangi kesilapan lampau dalam perebutan kuasa dan ekonomi yang akan menyebabkan pula kesan politik yang mudah diprovokasi dengan perkauman.
Kumpulan Pelampau Perkauman sentiasa mencari peluang untuk mencetuskan sesuatu demi mencapai matlamat tertentu seperti yang berlaku ketikia era 60 an sehingga terjadinya 13 Mei.
Era 1951 -1970 adalah era pra sejarah Malaysia yang ditinggalkan penjajah British.
Ketika Tanah Melayu Merdeka dengan Nama Perseketuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Singapura, Sabah dan Serawak masih di bawah British. Tatkala itu, tanah melayu bermajoritikan Melayu dan ISLAM sehingga 80%. Walaupun begitu, bandar bandar seperti di Ipoh, Bandar Hilir, Kuala Lumpur, Klang, Batu Pahat, Kuantan, Georgetown didominasi oleh Pedagang Cina secara ekonomi."
Pilihnraya PBT 1951
"Perlaksanaan pilihnraya PBT yang pertama kali di buat pada tahun 1951 tidak banyak kesan kerana Melayu ketika itu Diberi peluang oleh British memegang jawatan Penting dan isu Jos Soli begitu terkesan akibat penolakan Malayan Union sebelumnya. Malah, Melayu bangsawan ketika itu selesa dengan begitu dan tidak begitu peduli tentang merdeka. Yang peduli tentang merdeka adalah ulama ulama dan rakyat rakyat cintakan Islam.
Pada 1955, ketika PRU pertama pun, kewarganegaraan dan peratusan pengundi adalah sekitar 80%-20%, nisbah bumiputera dan bukan bumi. Kemerdekaan pada 1957 dan terbentuknya suruhanjaya Reid, cadangan Jus Soli diserap dengan beberapa syarat sehingga pada pilihanraya 1959, terdapat perbezaan komposisi pengundi Bumiputera dan bukan bumiputera kepada 70-30%.
Pada tahun 1963, kemasukan Singapura, Sabah dan Serawak dan berlakunya konfrontasi Indonesia-Malaysia. Pilihanraya 1964, komposisi pengundi sudah berubah kepada 60%-40% yang menjadikan Malaysia sebuah masyarakat Majmuk secara kewarganegaraan."
Pilihanraya PBT 1961
"Pilihanraya PBT 1961 mencorak pertembungan tak diinginkan dalam suasana begitu, seperti contoh Di Majlis Perbandaran Georgetown , Pulau Pinang dimenangi Barisan Sosialis Pimpinan Parti Ahmad Boestamam, Manakala peringkat negeri dimenangi PERIKATAN yang telah menyebabkan pertembungan politik sepanjang masa dalam kehidupan harian ahli politik.
Pada tahun 1965, Lee kuan yew dan Singapura telah ditendang dari Malaysia selepas Keputusan drastik Tunku Abdul Rahman. Dan lanskap sosial ekonomi dan sosial waktu itu adalah hasil tinggalan penjajah dan polisi penjajah dengan syarat merdekanya bersama Emapayar British telah memberi kesan. Pertembungan ideologi antara nasionalis vs komunis begitu hebat.
Pemimpin Barisan Sosialis ditangkap kerana tuduhan bekerjasama dengan Indonesia. Pemimpin PAS seperti Dr Burhanuddin Al hilmi juga turut terpalit. Di indonesia, Dr Hamka juga terkena tahanan rumah atas tuduhan simpati terhadap Malaysia oleh Ir Sukarno.
Dalam masa yang sama, akta Darurat 1948 dan Perang Darurat melawan komunis masih berlangsung di bentong, grik, hulu selangor dan lain lainnya. Lanskap sejarah ini menyebabkan suasana May 1969 yang padanya diadakan Pilihanraya Umum menjadi masa sesuai berlakunya provokasi perkauman kerana komposisi sosial, kelas ekonomi, taburan kaum sangat sangat memberi kesan mudah kepada provokasi perkauman.
Akhirnya, yang selamat dari kes tersebut, bangsawan bangsawan dan kapitalis kapitalis kaum yang menjaga kepentingan masing masing. PPP dan Gerakan menyertai BN dan tinggalah barisan pembangkang yang hanya berpegang pada prinsip sosialisme seperti parti buruh, parti sosialis, parti rakyat Malaysia dan yang berpegang kepada ISLAM seperti Parti Islam Semalaya.
Semuanya berlaku kerana asas pembangunan Madani yang tidak seimbang."
Itulah logikknya pandangan TG Abdul Hadi Awang, selaku Presiden PAS mengenai pilihanraya PBT yang boleh mengakibatkan berlakunya pergaduhan perkauman seperti Tragedi 13 Mei1969. (IH/MTD)
Lihat sejarah PAS..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
No comments:
Post a Comment