Sunday, January 04, 2015

Mangsa Banjir Juga Perlukan Khemah, Kanvas -Husam Musa


KUALA LUMPUR: Bagi mangsa-mangsa banjir kebanyakan kampung di Manek Urai memerlukan dapur dan gas memasak, periuk dan kuali, selimut dan lapik tidur selain kanvas.

"Itu yang mereka perlukan sekarang seperti disampaikan pada saya dalam pertemuan rumah ke rumah di sini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melalui facebook.

Menurutnya, bekalan sudah melimpah dan perlu dijadikan stok untuk pembahagian selepas ini sahaja.

"Manek Urai yang saya maksudkan adalah Dun. Keperluan yang sama terpakai untuk semua lokasi di mana rumah dihanyutkan terus kerana semua keperluan rumah turut dihanyutkan," tulisnya lagi.

Tanda kebesaran Ilahi, tulisnya dalam catatan ziarah Kampung Manjor, Kuala Krai dalam menyaksikan kehebatan banjir. Menurutnya, paras air melepasi bumbung sehingga kerusi set dan peti sejuk 'bersila' di atas bumbung rumah yang masih berbaki.

Beliau menambah, sekian banyak rumah yang hanyut, meninggalkan penduduk terkapai tanpa perlindungan.

"Bila saya tiba, permintaan pertama mereka adalah kanvas, untuk perlindungan pertama yang paling praktikal dan cepat.
"Makanan di banyak tempat yang saya singgahi sudah berlebihan. Kanvas dan khemah lebih utama," tulis Husam lagi.

Menuutnya lagi, sehari dua ini keadaan menyebelahi mereka kerana tiada hujan. Justeru, tambahnya anda di luar sana pohon bekalkan khemah dan kanvas. - HARAKAHDAILY 3/1/2015

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

No comments:

Post a Comment