Thursday, January 29, 2015

Mereka Ini Dipaksa Jadi Pelacur..

INILAH lima wanita warga asing yang berjaya diselamatkan daripada dijadikan pelacur oleh sepasukan Unit ATIP di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar kelmarin. 

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan lima wanita warga asing daripada menjadi mangsa satu sindiket pelacuran di bandar raya ini dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu di sini kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 6.30 petang sempena Ops Noda/Cantas itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman dan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Difahamkan, serbuan dilakukan polis setelah salah seorang daripada mangsa yang berasal dari Thailand berjaya menghubungi pejabat kedutaan negara tersebut di Kuala Lumpur memaklumkan dia dan rakan-rakannya ditahan dan dipaksa untuk melacur oleh sindiket pelacuran berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang diselamatkan itu membabitkan dua warga Thailand dan tiga warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails