Friday, January 09, 2015

M'sia Sokong Penghina Nabi, Tidak Mengutuk Pengebom Masjid Di P'cis.



KL: Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo kelmarin, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar semalam.

“Tiada apa yang mewajarkan tindakan mengambil nyawa mereka yang tidak berdosa. Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan keluarga mangsa, kerajaan Perancis dan rakyat Perancis.
“Seperti apa yang disebut Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita mesti menentang ekstremisme dengan kesederhanaan, persefahaman mengenai silang budaya dan saling menghormati,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Najib dalam blog rasmi beliau www.najib-razak.com berkata, Malaysia mengutuk keras segala tindakan keganasan.

“Kami berdiri teguh bersama-sama dengan rakyat Perancis. Kita mesti memerangi ekstremisme dengan kesederhanaan,” katanya.
Rupaanya Malaysia menyokong penghina Nabi Muhammad SAW, dengan tidak mengutuk mereka, tetapi mengutuk penyerang pembela Nabi Muhammad SAW pula seperti yang dikehendaki kuncu-kuncunya.

Bahkan tidak juga mengutuk penembak dan pengebom dua masjid di Perancis semalam, ekoran dari peristiwa penembakan Charlie Hebdo kelmarin. Nampaknya Malaysia lebih sayangkan 'persahabatan' dengan Perancis (pemimpin bukan rakyatnya) dari mempertahankan maruah Islam dan Nabi Muhmmd SAW. (IH)

Sila lihat..

2 comments:

Anonymous said...

Nk buat mcm mana setan PM kite ni bkn islam sebenarnye

Anonymous said...

Nanti dia mati presiden prancis hollande tu akan baca talkin kt dia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails