Hamas menegaskan, perlawanan dan jihad merupakan satu-satunya jalan untuk membebaskan Al Aqsa dari tangan penjajah Israel. Penolakan Hamas disampaikan pasca seruan Setiausaha Agung OIC Iyad Madani untuk melawat bandar Al Quds, dan memilih Al Quds sebagai kota destinasi pelancongan Islam.
Sebelumnya Iyad Madani dalam festifal "Al Quds Dalam Memori" di bandar Ramallah, Tebing Barat, Ahad lalu berkata, "Kaum muslimin perlu berusaha hadir ke Al Quds, kita ingin mencari model kedua Palestin dan Jordan, untuk memberikan kesempatan bagi kaum muslimin yang ingin berkunjung ke Al Quds dan Palestin, seperti yang berlaku di Saudi Arabia, dalam bentuk Umrah dan Haji. "
Dalam keluaran yang diterima Pusat Maklumat Palestin, Selasa (06/01/2015) Hamas menegaskan kewajiban setiap muslim membebaskan Al-Quds.
"Pembebasan Al Quds dan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis merupakan kewajiban setiap muslim di muka bumi ini, setiap muslim tak boleh melalaikan kewajiban ini," ujarnya dipetik PIC.
"Pembebasan Al Quds dan Masjidil Aqsa hanya boleh dengan satu cara, iaitu melalui perlawanan dan jihad, kerana musuh kita hanya memahami bahasa ini," tambahnya.
Hamas juga menyatakan, "Kerinduan kami untuk melawat Masjidil Aqsa dan solat di sana, tak boleh dijadikan alasan untuk membaiki hubungan dengan penjajah zionis."
Hamas menyeru kepada segenap Negara Arab dan Islam untuk mengumpul dana guna melindungi Al Aqsa dan tempat suci serta bandar Al Quds, dan menyokong perlawanan dan perjuangan rakyat Palestin di Al Quds.
Apakata Ulama?
Sebelumnya, Iyad bin Amin Madani menganjurkan muslimin melawat AL-Quds. Alasannya, untuk "mengesahkan bahawa masjid ini adalah sebahagian dari iman mereka." Namun lawatan Al-Quds dalam keadaan seperti ini dilarangoleh ramai ulama. Alasannya, sama dengan pengakuan pendudukan penjajah 'Israel' atas wilayah Palestin.
- Pada Mac 2013, Dr. Maher al-Huli, Ketua Jabatan Fatwa Persatuan Cendekiawan Palestin (PSA) pernah mengeluarkan fatwa yang melarang kunjungan ke Masjidil Aqsa, tempat suci ketiga umat Islam, yang saat ini masih di bawah pendudukan penjajah 'Israel'.
- Pandangan sama disampaikan cendekiawan Muslim asal Mesir, Muhammad Imarah. Menurutnya tak boleh bertandang ke Masjid Al-Aqsa sampai semua hak rakyat Palestin atas tanah kelahiran meraka dikembalikan.
- Sementara Mantan Rektor Universiti al-Azhar Mesir, Prof Dr Umar Hasyim, sependapat dengan seruan selama masih dijajah 'Israel' dan visa dikeluarkan oleh mereka, maka umat Islam tidak boleh mengakui kewujudan 'Israel'. Lawatan boleh, jika visa dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin atau menggunakan jet peribadi tanpa harus melewati imigresen 'Israel'.
No comments:
Post a Comment