Sunday, January 11, 2015

Pembela Penumpas Penghina Nabi Ini Pernah Berkunjung Ke M'sia.


Pasangan Boumeddiene (kanan) dan Clulibaly dikatakan pernah berkunjung ke Malaysia.

KL: Pasangan Hayat Boumeddiene (kanan) dan Clulibaly yang membela penyerang hina Nabi Muhammad SAW dilaporkan oleh media asing, pernah berkunjung ke Malaysia. 

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh lawatan mereka ke negara ini, tetapi memetik sumber yang memaklumkan kedua-duanya pernah bercuti di negara ini. 

Coulibaly, 32 dan Boumeddiene, 26 menetap di kawasan Bagneux dan disifatkan jiran mereka sebagai pasangan yang warak. Pasangan yang dikatakan pendiam dan dihormati ramai itu bagaimanapun menghilangkan diri daripada kediaman mereka sebulan lalu, tambah laporan itu. 

Pasangan suami isteri ini berkahwin secara legal di Perancis. Selepas berkahwin dengan Coulibaly, Boumeddiene tidak pernah sekalipun kelihatan tanpa hijabnya. Ia menjadi jihadis sejak itu. Sebelum jadi jihadis dan mengenakan hijab, Boumeddiene bekerja sebagai juruwang dengan gaji minimum di pinggir Bandar Juvisy, Paris pada 2009.  

Sebelum ini, pemeriksaan polis di kediaman Coulibaly menemui peluru, senjata dan gambar lelaki itu ketika bercuti di Malaysia termasuk dokumen palsu. Coulibaly ditembak mati selepas menyerang pasar raya di timur laut Paris pada Jumaat. Dia menuntut pembebasan dua bersaudara, Cheris, 32 dan Said Kouachi, 34 yang terbabit menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo dan membunuh 12 orang pada Rabu. 

Bagaimanapun, kedua-duanya ditembak mati di Dammartin-en-Goele. Setakat ini, Boumeddiene dipercayai masih bebas selepas keluar dari pasar raya dan kini menjadi dianggap 'penjenayah' wanita paling dikehendaki di Perancis kerana kegiatannya cuba membela penumpas penghina Nabi, dikatakan bersenjata dan berbahaya. (IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails