Thursday, January 22, 2015
Pembunuh Altantuya Ditahan Di Brisbane, Australia.
KL: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar di Brisbane, Queensland, Australia selepas didakwa melarikan diri ke negara itu sejak Oktober lalu.
Beliau berkata, Sirul, 43, yang didapati bersalah membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, ditahan oleh polis Australia pagi kelmarin.
“Saya sahkan bahawa Sirul ditangkap di Queensland pagi Selasa lalu. Dia kini ditahan di pusat tahanan imigresen negara itu.
“Saya akan menghubungi rakan sejawatan di Australia untuk tindakan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Pada 14 Januari lalu Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota UTK itu sebelum ini. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment