Sunday, January 04, 2015

Pemulihan Mangsa Banjir, Presiden PAS Naik Sampan


Presiden PAS menaiki sampan untuk melawat sebuah pusat pemindahan banjir di Pahang. 

PAS lancar Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir -Presiden PAS 
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) telah bersetuju untuk melancarkan Tabung Khas Pemulihan Mangsa Banjir di peringkat PAS Pusat bagi memudahkan urusan pengumpulan sumbangan daripada daripada dalam dan luar negara.

Tabung ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan dibantu oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Objektif utama penubuhan tabung ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan mangsa banjir di seluruh negara khususnya bagi mereka yang telah kehilangan tempat tinggal.

Pihak PAS akan mengumumkan nombor akaun dan bank yang akan digunakan untuk tabung tersebut dalam masa terdekat.

Saya menyeru agar seluruh masyarakat tanpa membezakan warna kulit, kaum, agama dan idelogi politik agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada sekalian mangsa banjir.

Sesungguhnya musibah yang melanda ini adalah ujian getir bagi mereka maka, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu mengurangkan derita dan kesengsaraan yang ditanggung mereka.

Oleh Presiden PAS 

Lihat liputan banjir.. 

E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

3 comments:

Anonymous said...

Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

Serang Kelantan..

Operasi Tsunami Kuning.

Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

Anonymous said...

Zaman sekarang orang hujah pakai bukti. Seperti jet pm keliling dunia oleh flight radar. Kalau tanpa bukti hujah kau macam kangkong. EIA bawah pusat. Minta ketua eia bg ulasan pasal balak ni. Jabatan hutan pun bawah pusat jugak.

Anonymous said...

Hentilah jadi penjilat. Brape sangat kau dpt utk jadikan darah daging. Moga macai bangang kau ni tak d warisi oleh anak cucu kau wp kau warisi bangang kau tu drp ibubapa d datuk nenek kau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails