Tuesday, January 20, 2015

Pemuzik Jalanan KL Depan Sogo, Bagaimana Manfaatkan Untuk Agama?

Caliph Buskers trending selepas AJL
HALAMAN HIBURAN
KL: Caliph Buskers secara tiba-tiba menjadi trending di media sosial setelah terlibat dalam persembahan bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29 pada Ahad.

Kehadiran kumpulan  pemuzik jalanan tersebut yang terdiri daripada golongan insan istimewa cacat penglihatan telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi yang luar biasa.

Stesen radio terkemuka Malaysia, Era fm juga tidak melepaskan peluang untuk menemuramah kumpulan pemuzik jalanan tersebut dalam segmen Johara Pagi Era.

Pelbagai reaksi juga dilontarkan di Twitter dengan kebanyakannya turut sama mengikuti perkembangan Caliph Buskers itu di radio berkenaan.

Caliph Buskers ditubuhkan sejak setahun yang lalu dan terdiri daripada enam orang, Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.

Kumpulan ini kebiasaannya mengadakan persembahan pada setiap hari Sabtu sehingga Khamis selama tiga jam bermula jam 12 tengah hari di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagaimana boleh dimanfaatkan untuk perjuangan perkembangan agama Islam? Institusi atau jabatan agama perlu ambil perhatian membantu mereka. (IH) 

2 comments:

Naza said...

Kenapa?... Join MOJO tak manfaat ke Agama ke? Kena pegang tasbih, pakai serban @ nyanyi nasyid kot?

Anonymous said...

Naza lu ni apahal?
kawan tanya bagaimana nak manfaatkan untuk agama . Bukannya mengata ianya tak baik...lain kali baca betul betul...baru komeng badigol

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails