HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Aksi sumbang antara artis dan peminat dalam sesebuah acara hiburan bukan perkara baharu, namun kontroversi yang berlaku dalam penganjuran sebuah konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
PETALING JAYA: Aksi sumbang antara artis dan peminat dalam sesebuah acara hiburan bukan perkara baharu, namun kontroversi yang berlaku dalam penganjuran sebuah konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas
Ermieyati Samsudin berkata, persembahan membabitkan penyanyi-penyanyi
tempatan sebelum ini juga pernah berlaku insiden peluk dan sebagainya.
“Kita
kena lihat semula mengapa perkara ini berlaku. Memang adegan itu (di
pentas konsert) adalah salah. Tetapi cuba kita lihat adegan-adegan yang
sama atau lebih kurang sama dipertontonkan dalam drama dan program
televisyen.
“Jadi, kita juga kena lihat dan timbang
semula setiap penyiaran di televisyen yang boleh menyentuh sensitiviti
masyarakat. Kita sendiri kena faham budaya dan nilai-nilai orang Melayu,
umat Islam dan rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Aksi
pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, B1A4
bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas
konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak
terutama umat Islam.
Acara hiburan di negara ini sebelum ini
pernah menyaksikan aksi peminat fanatik yang berani memeluk dan mencium
artis kesayangan mereka seperti Anuar Zain termasuk penyanyi dari
Indonesia, Afghan sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur,
baru-baru ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
pada Isnin lalu memberitahu jabatan itu telahpun menerbitkan Garis
Panduan Hiburan Dalam Islam sejak 2007, sebagai perhatian dan rujukan
kepada agensi dan penganjur program.
Namun kontroversi yang melanda konsert
kumpulan K-Pop dipersoalkan sama ada garis panduan itu dirujuk pihak
penganjur malah penganjurannya tidak dirujuk kepada Jakim.
Selepas video aksi peminat bersama ahli
kumpulan K-Pop menjadi viral di laman sosial, kini ramai di media sosial
mula membangkitkan tentang perbuatan seumpamanya yang pernah berlaku
sebelum ini di kalangan peminat ketika penganjuran majlis yang
melibatkan artis tempatan dan dari negara jiran.
Mas
Ermieyati berkata, semua pihak seharusnya membuat penilaian dan membuat
perubahan lebih baik dengan melihat perkara yang berlaku dalam pelbagai
aspek.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak
terutama penganjur dan peminat perlu lebih berhati-hati menjaga
sensitiviti masyarakat negara ini dengan mematuhi garis panduan bagi memastikan penganjuran acara itu dapat dikawal dan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.
“Bagaimanapun,
janganlah kita semua menjadikan perkara yang berlaku bertambah buruk.
Jangan ada pihak menunding jari menyalahkan satu sama lain, tidak kira
kerajaan, penganjur atau peminat.
“Sebaliknya, kita melihat bagaimana cara
untuk membendung perkara ini. Kita perlu beri kefahaman, kesedaran dan
mendidik generasi muda," katanya. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau nak tahu, itulah didikan dan tarbiah yang
dihasilkan oleh UMNO. Mereka perlu melonggarkan pegangan hidup rakyat
kepada agama, supaya UMNO yang tidak Islamik boleh bertapak kukuh dalam
jiwa rakyat. Disitulah kekuatan politik mereka.
Jadi tidak hairan, bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO pura-pura menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop yang mereka sogokkan, agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.
Jadi tidak hairan, bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO pura-pura menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop yang mereka sogokkan, agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.
Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati. Itu saja.
Rupanya, mereka dayus melihat gadis-gadis Melayu Islam dan maruah agama dicabul!
Begitu juga Puteri UMNO yang mengatakan aksi
sumbang antara artis dan peminat dalam sesebuah acara hiburan bukan
perkara baharu, ertinya perkara biasa. Tidak perlu tindakan apa-apa, memang itu cara didik mereka. Jadi tidak hairan juga bila pemimpin wanita mereka, atau isteri pemimpin mereka berpelukan depan khalayak ramai dengan lelaki yang bukan muhrim.
Begitulah dasar parti asobiyah mereka, yang tidak peduli halal haram dalam Islam.
Lihat sebelum ini..
- Siapa Dayus? Gadis Melayu Bertudung Dicabul Artis ...
- Kpop: Nasihat Siti Nurhaliza, Kata Periuk Belanga ...
- K-Pop: Jawi Minta 3 Wanita Peluk Tampil. 2 Lagi Ta...
- Konsert Lenny Kravitz Pula Di M'sia Pada 29 Mac I...
4 comments:
satu ketika pemimpin umno terlolong-lolong "..kita memperjuangkan ahlul sunnah wal jamaah..!!!!" ... dalam pada itu terapkan juga pegangan sekularism dan syi'ah !!!...hancur melayu umno..........
Gue biasa dengar perempuan melayulah segmen penduduk dlm kelompok rakyat yg paling lemah dan terdedah kepada serangan pihak2 yg mempunyai agenda tertentu, walaupun tinggi peratusannya yg mendpat didikkan sekular. Mereka mnjadi sasaran utama antara lain,juga disebabkan peranan mereka sangat penting dlm melahirkan dan mendidik atau mensia siakan generasi pelapis. Terdapat juga tesis yg mereka merupakan kumpulan paling besar dan tegar menyokong sistem pemerintahan sekular. Membiarkan atau merelakan mereka terus terusan didambak begitu rupa, besar kemungkinan menghasilkan natijah yg sangat buruk untuk masyarakat yg sudah pun parah dgn berbagai unsur2 antisosial. Sesuai dgn anjuran 'hendaklah kamu menjaga diri kamu dan ahli kamu dari (di sambar) api neraka' maka tindakkan2 segera yg pro aktif dan berkesan perlu dari berbagai pihak untuk membanteras, merawat dan membetulkan halatuju kaum wanita.
Mungkin satu perkara yg bolih dilaksanakan dlm masa terdekat ialah menggalakkan mereka mendirikan solat juma'at bersama kaum lelaki dlm had2 tertentu, dimana paling kurang mereka akan diajak saban minggu untuk meningkatkan ketakwaan, dgn menta'ati Allah dgn bersungguh sungguh dlm semua perkara yg di suruh dan yg dilarangNya.
Penjelasan hujung ayat terakhir status Jan 14,15 11.16 PM,...dgn menta'ati Allah dgn bersungguh sungguh dlm semua perkara yg di suruh dan menjauhi dlm semua perkara yg dilarangNya.
...............tapi ada uraura PAS mau bermukah dengan UMNO lagi....untuk terus kena tipu dari organisasi yang sama kali demi kali demi kali...pintarnya PAS.........
Post a Comment