Thursday, January 15, 2015

Puteri Umno Dedah Banyak Lagi Seperti K-Pop, B1A4. Lihat Gambar!



Aksi pelukan antara peminat dan penyanyi dalam sesebuah acara hiburan bukan satu perkara baharu.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Aksi sumbang antara artis dan peminat dalam sesebuah acara hiburan bukan perkara baharu, namun kontroversi yang berlaku dalam penganjuran sebuah konsert kumpulan K-Pop, B1A4 baru-baru ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, persembahan membabitkan penyanyi-penyanyi tempatan sebelum ini juga pernah berlaku insiden peluk dan sebagainya.

“Kita kena lihat semula mengapa perkara ini berlaku. Memang adegan itu (di pentas konsert) adalah salah. Tetapi cuba kita lihat adegan-adegan yang sama atau lebih kurang sama dipertontonkan dalam drama dan program televisyen.

“Jadi, kita juga kena lihat dan timbang semula setiap penyiaran di televisyen yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kita sendiri kena faham budaya dan nilai-nilai orang Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.


Anuar Zain merupakan antara penyanyi tempatan yang terpaksa berhadapan dengan situasi dipeluk peminat fanatik ketika melakukan persembahan.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Acara hiburan di negara ini sebelum ini pernah menyaksikan aksi peminat fanatik yang berani memeluk dan mencium artis kesayangan mereka seperti Anuar Zain termasuk penyanyi dari Indonesia, Afghan sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu memberitahu jabatan itu telahpun menerbitkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam sejak 2007, sebagai perhatian dan rujukan kepada agensi dan penganjur program.

Namun kontroversi yang melanda konsert kumpulan K-Pop dipersoalkan sama ada garis panduan itu dirujuk pihak penganjur malah penganjurannya tidak dirujuk kepada Jakim.

Selepas video aksi peminat bersama ahli kumpulan K-Pop menjadi viral di laman sosial, kini ramai di media sosial mula membangkitkan tentang perbuatan seumpamanya yang pernah berlaku sebelum ini di kalangan peminat ketika penganjuran majlis yang melibatkan artis tempatan dan dari negara jiran.

Aksi seorang peminat fanatik yang berani mencium Afghan sewaktu penyanyi dari Indonesia itu membuat persembahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mas Ermieyati berkata, semua pihak seharusnya membuat penilaian dan membuat perubahan lebih baik dengan melihat perkara yang berlaku dalam pelbagai aspek.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak terutama penganjur dan peminat perlu lebih berhati-hati menjaga sensitiviti masyarakat negara ini dengan mematuhi garis panduan bagi memastikan penganjuran acara itu dapat dikawal dan tidak menyentuh sensitiviti tertentu.

“Bagaimanapun, janganlah kita semua menjadikan perkara yang berlaku bertambah buruk. Jangan ada pihak menunding jari menyalahkan satu sama lain, tidak kira kerajaan, penganjur atau peminat.
“Sebaliknya, kita melihat bagaimana cara untuk membendung perkara ini. Kita perlu beri kefahaman, kesedaran dan mendidik generasi muda," katanya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau nak tahu, itulah didikan dan tarbiah yang dihasilkan oleh UMNO.  Mereka perlu melonggarkan pegangan hidup rakyat kepada agama, supaya UMNO yang tidak Islamik boleh bertapak kukuh dalam jiwa rakyat. Disitulah kekuatan politik mereka. 

Jadi tidak hairan, bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO pura-pura menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop yang mereka sogokkan, agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati. Itu saja.

Rupanya, mereka dayus melihat gadis-gadis Melayu Islam dan maruah agama dicabul! 

Begitu juga Puteri UMNO yang mengatakan aksi sumbang antara artis dan peminat dalam sesebuah acara hiburan bukan perkara baharu, ertinya perkara biasa. Tidak perlu tindakan apa-apa, memang itu cara didik mereka. Jadi tidak hairan juga bila pemimpin wanita mereka, atau isteri pemimpin mereka berpelukan depan khalayak ramai dengan lelaki yang bukan muhrim. 

Begitulah dasar parti asobiyah mereka, yang tidak peduli halal haram dalam Islam.

Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

satu ketika pemimpin umno terlolong-lolong "..kita memperjuangkan ahlul sunnah wal jamaah..!!!!" ... dalam pada itu terapkan juga pegangan sekularism dan syi'ah !!!...hancur melayu umno..........

Faqirulkhoir said...

Gue biasa dengar perempuan melayulah segmen penduduk dlm kelompok rakyat yg paling lemah dan terdedah kepada serangan pihak2 yg mempunyai agenda tertentu, walaupun tinggi peratusannya yg mendpat didikkan sekular. Mereka mnjadi sasaran utama antara lain,juga disebabkan peranan mereka sangat penting dlm melahirkan dan mendidik atau mensia siakan generasi pelapis. Terdapat juga tesis yg mereka merupakan kumpulan paling besar dan tegar menyokong sistem pemerintahan sekular. Membiarkan atau merelakan mereka terus terusan didambak begitu rupa, besar kemungkinan menghasilkan natijah yg sangat buruk untuk masyarakat yg sudah pun parah dgn berbagai unsur2 antisosial. Sesuai dgn anjuran 'hendaklah kamu menjaga diri kamu dan ahli kamu dari (di sambar) api neraka' maka tindakkan2 segera yg pro aktif dan berkesan perlu dari berbagai pihak untuk membanteras, merawat dan membetulkan halatuju kaum wanita.
Mungkin satu perkara yg bolih dilaksanakan dlm masa terdekat ialah menggalakkan mereka mendirikan solat juma'at bersama kaum lelaki dlm had2 tertentu, dimana paling kurang mereka akan diajak saban minggu untuk meningkatkan ketakwaan, dgn menta'ati Allah dgn bersungguh sungguh dlm semua perkara yg di suruh dan yg dilarangNya.

Faqirulkhoir said...

Penjelasan hujung ayat terakhir status Jan 14,15 11.16 PM,...dgn menta'ati Allah dgn bersungguh sungguh dlm semua perkara yg di suruh dan menjauhi dlm semua perkara yg dilarangNya.

mansor said...

...............tapi ada uraura PAS mau bermukah dengan UMNO lagi....untuk terus kena tipu dari organisasi yang sama kali demi kali demi kali...pintarnya PAS.........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails