Sunday, January 25, 2015
Rotan Anak Jadi Kesalahan Besar, Bagaimana Hukum Dalam Islam?
ROHANI (empat dari kanan) beramah mesra dengan ahli-ahli Perwani di Galeri Shah Alam, Selangor semalam.
SHAH ALAM – Merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar kecil) berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan memandangkan negara ini telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita. Namun, kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar daripada rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.
Konvensyen mengenai CRC telah diterima dengan rasminya oleh PBB pada 20 November 1989 secara konsensus.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merotan kanak-kanak, simak balik bagaimana hukum dalam Islam? Wajarkah orang Islam mengambil ajaran agama lain, sedangkan ajarannya dan cara pendidikan sendiri ada?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment