Sunday, February 01, 2015

Salima AF4: Al-hamdulillah, Putera Pertamaku, Anak Ke 4...

Salima, Syed Abd Kadir dan anak mereka.
Salima dan anak mereka, Syed Abd Kadir

HALAMAN HIBURAN
PENYANYI kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Salima telah selamat melahirkan anak pertamanya pada 26 Januari lalu. Bayi lelaki itu dilahirkan secara normal pukul 5.49 petang dengan berat 3.2 kilogram.

Salima bergelar isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre pada penghujung tahun 2013. Salima ialah isteri kedua kepada ustaz yang telah memiliki tiga anak bersama isteri pertama. Biarpun pada awal perkahwinan Salima bagai dihimpit kontroversi kerana menjadi isteri kedua, namun terkini hubungannya dengan madu dan anak tirinya dilaporkan amat baik dan bertambah erat.

"Alhamdulillah....hilang rasa sakit bertarung nyawa saat melihat anakanda tercinta lahir ke muka bumi dgn selamat.. moga jadi anak soleh.. Putera pertama dari ku dan anak ke4 keluarga kami, alhamdulillah berkesempatan lahirkan secara normal pada 26 Januari 2015 jam 5.49ptg tadi... berat baby 3.2kg.

"Terima kasih Doc Zana n warga GMC atas layanan yg superb... terima kasih juga pd suami tercinta yg temankan sal spnjang proses kelahiran.. pd maduku n anak2... xlupa mak abah adik beradik sahabat2 semua yg mendoakan," tulis Salima melalui Instagram miliknya. (MalaysiaGazette).

Al-hamdulillah,, Tahniah! Suatu bukti bahagianya hidup bernadu.. (IH)

No comments:

Post a Comment