Jutaan
warga-warga di beberapa wilayah di Jordan, Turki, Lubnan, dan Syria
terpaksa meninggalkan rumah mereka dan menumpang di kem-kem pelarian di
Timur Tengah. Jumlah pelarian dari Syria akibat cuaca sejuk melampau
adalah yang terbanyak di antara jumlah warga Turki, Lubnan dan beberapa
wilayah lain di TImur Tengah. - Foto AP
KL:: Jika di Malaysia, keadaan suhu di beberapa kawasan di Pantai Timur yang lebih rendah dan dingin berbanding biasa mula menjadi bualan ramai, lain pula bagi penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka sudah mula keluar bermain ‘salji’ semalam.
Portal Emirates247.com melaporkan sebahagian besar penduduk di Tanah Arab mula membiasakan diri dengan suasana dingin akibat dilanda ribut hujan batu di banyak tempat. Selain itu, hujan juga dijangkakan terus turun di beberapa kawasan di negara berkenaan.
Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa. Pengguna media sosial di negara berkenaan juga memenuhkan susur masa dengan pelbagai gambar dan menganggap ketulan-ketulan ais tersebut sebagai ‘salji’.

Gambar
menunjukkan ketulan-ketulan ais berselerakan di Abu Dhabi yang berpunca
daripada fenomena ribut hujan batu. - Foto dari laman web
Emirates247.com/Dave Laureles
Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan ia sebagai ketulan-ketulan daripada hujan batu. Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.
Malam semalam menyaksikan petir dan kilat sabung-menyabung di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan. Cuaca mendung dan tiupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini.
Berikut adalah beberapa kemas kini menunjukkan gambar keadaan cuaca pelik di Tanah Arab.. (IH)
2 comments:
kalau arab jadi padang hijau tandanya kiamat
cuaca buruk sudah akan melanda bumi
Post a Comment