Wednesday, January 07, 2015

Setelah 9 Abad, Akhirnya Turki Izinkan Pembangunan Gereja Baru

Setelah 9 abad, akhirnya Turki izinkan pembangunan gereja baru Istana Presiden Turki. 
Erdogan sebut PBB dan panitia Nobel organisasi khusus Kristen
KERAJAAN Turki memberikan izin pembangunan gereja baru bagi komuniti kecil Kristian Syriac di wilayah Yesilkoy, Bandar Istanbul. Ini gereja baru pertama selepas sembilan abad rumah ibadah ini tidak dibenar untuk didirikan.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Ahad (4/1), selepas berakhirnya empayar Ottoman pada 1923 Turki belum pernah memberikan izin untuk mendirikan gereja. Di kawasan itu sebelum ini sudah berdiri gereja Ortodoks Greek dan Armenia, serta gereja Katolik.

Meski tidak memberi izin bangun gereja, kerajaan memberikan rawatan khusus bagi rumah ibadah Kristian yang sudah dibina. Bangunan-bangunan itu diperbaiki dan diubahsuai saban tahun. Sekitar 99 peratus warga Turki memeluk Islam namun mempunyai kerajaan dan persekitaran sosial yang sekular. Baru apabila Presiden Recep Tayyip Erdogan, syariat Islam kembali 'terasa' di negara itu.  


Wilayah Amlara yang bergabung dengan Kesatuan Eropah menjadi tempat satu-satunya minoriti Kristian mendapatkan hak termasuk mendirikan gereja dan rumah ibadat. Komuniti Kristian Syriac berjumlah kira-kira 20 ribu orang merupakan minoriti berbahasa Aramaik, dipercayai bahasa asal Jesus Kristus. Turki mempunyai dana khas untuk memelihara komuniti ini dan bahasa asal mereka, demikian sebuah sumber menyatakan
(IH)

No comments:

Post a Comment