Monday, January 12, 2015

Siapa Dayus? Gadis Melayu Bertudung Dicabul Artis K-Pop Korea.


HALAMAN HIBURAN
'Dialog Rakyat' melaporkan: 

"Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop.

Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut.

Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan UMNO BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia?

Apa kata Majlis Agama islam? Dan apa pula kata ngo-ngo Islam seperti PEKIDA dan ISMA? Anda suka?"


Demikian Dialog Rakyat.

Kalau nak tahu, itulah didikan dan tarbiah yang dihasilkan oleh UMNO.  Mereka perlu melonggarkan pegangan hidup rakyat kepada agama, supaya UMNO yang tidak Islamik boleh bertapak kukuh dalam jiwa rakyat. Disitulah kekuatan politik mereka. 

Jadi tidak hairan, bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pura-pura menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop yang mereka sogokkan, agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati. Itu saja.

Rupanya, mereka dayus melihat gadis-gadis Melayu Islam dan maruah agama dicabul!
Ini videonya..
(IH)
Lihat..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

5 comments:

  1. itu lah harga maruah melayu.lelong,lelong,lelong

    ReplyDelete
  2. Dalam salah satu aksi ketika pengacara konsert meminta seorang peminat wanita bertudung itu membuat aksi kononnya sedang memvakum rumah, salah seorang ahli B1A4 datang dari arah belakang untuk memeluk gadis berkenaan.

    Dalam satu lagi aksi lebih panas, ahli kumpulan B1A4 bertindak mencium dahi seorang gadis lain yang difahamkan turut menyambut hari lahirnya pada hari itu.

    Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, perbuatan peminat dengan ahli kumpulan K-Pop B1A4 itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana melampaui batas antara seorang wanita dan lelaki bukan muhrim.

    ReplyDelete
  3. Hidup UMNO, datanglah bala' - khayalkan melayu ngan hiburan maka dpatlah umno berkekalan, tiupka api kera ja ang perpadu($)wang.

    ReplyDelete
  4. Dalam masa dimana Allah turunkan musibah kepada negara, para golongan munafik berterusan melakukan maksiat. Sepatutnya yang mengaku Islam dan berwatak seorang muslim membelanjakan wangnya kepada sasudara kita yang ditimpa musibah, tetapi sebaliknya dibelanjakan kearah kemaksiatan. Semoga Allah turunkan musibah yang lebih berat bagi menyelamatkan golongan yang beriman dengannya, AMIN.................

    ReplyDelete
  5. Teringat akan kematian 6 penonton 'festival music future' baru2 ni di stadium bukit jalil, katanya anjuran anak tauke pasaraya besar keturunan mamak, dikatakan juga kerana terlebih dadah sintetik. Terlintas juga bagaimana mereka kini didalam kubur. Sudahkah ditontonkan pada mereka destinasi muktamad mereka....? Bukan niat untuk memburukkan orang2 yg sudah pergi, aku berlindung dgn Allah, ttpi untuk mohon perempuan2 yg beperilaku demikian rupa dikhalayak ramai bersama penari/penyanyi pop korea supaya dgn tenang walaupun sejenak, memikirkannya...(dan sekiranya ayat2 ini dibaca ibubapa,saudara mara, sahabat handai yg berkenaan, tolong sampaikan.)
    Dan kpd pihak polis, bukankah lazimnya diupacara seperti ini, penggunaan dadah agak berleluasa ? Di bukit jalil tempoh hari,(masa kematian 6 orang itu) 19 orang (termasuk warga asing) diberkas kes dadah. Harap pihak AADK juga turut turun padang.

    ReplyDelete