Saturday, January 17, 2015

Siapa Nak Kaunseling, Bila Isteri Pemimpin Berpelukan... ?

 
 

Anwar: Kenapa senyap bila penguasa peluk artis?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengancam untuk menangkap remaja bertudung yang memeluk selebriti Kpop pada satu konsert mini baru-baru ini.

Menurutnya, badan itu seolah-olah mengamalkan sikap pilih kasih apabila tidak pernah bertindak terhadap golongan VIP yang juga pernah memeluk artis pop.


"Saya menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan oleh JAWI dan badan agama lainnya.
"Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur," kata Anwar dalam kenyataannya.

Kenyataannya itu timbul selepas pengguna media sosial dikesan menyebarkan semula gambar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam keadaan berpelukan dengan dua individu berbeza.

Salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan Rosmah memeluk wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Salah satu gambar lagi menunjukkan Rosmah berlaga pipi dengan seorang artis pop.

Rata-rata pengguna media sosial berkenaan turut mempersoalkan tindakan JAWI yang tangkas menyiasat remaja terbabit tetapi berdiam diri dalam kes Rosmah.

Gambar berkenaan dikesan beredar semula semalam selepas JAWI dilaporkan akan menyiasat remaja berkenaan mengikut  Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Sementara itu, Anwar seterusnya menyarankan agar remaja yang mencetus kontroversi ekoran tindak tanduk mereka dalam konsert berkenaan "didakwah secara bijaksana".

"Saya mengusulkan agar nasihat, dan teguran kepada generasi muda dipergiat melalui kaedah dakwah dengan hikmah.
"Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka.
"Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah," katanya.

Pandangan sama dikongsi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, hukuman ke atas remaja berkenaan akan menimbulkan lebih banyak kontroversi dan tuduhan bahawa pihak berkuasa mengamalkan pendakwaan terpilih.

"Kalau hukum itu, tak hukum ini. Nanti timbul (kritikan), ada hukuman yang terpilih. Tak akan habis.
"Pendidikan lebih penting. Adakalanya (tindakan penonnton konsert) keterlaluan dan ada bersifat terlajak dan ia perlu diberi nasihat dan kaunseling. (MK)


Komen Weblog IbnuHasyim: 
Siapa nak kaunseling, bila isteri pemimpin tertinggi berpelukan dengan lelaki bukan muhrim depan umum?
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails