Sunday, January 18, 2015
Tidak Bayar Hutang Diugut Dengan 4 Butir Bom?
SEBERANG PERAI – Kotak hadiah misteri mengandungi empat butir bom buatan sendiri yang diletakkan kira-kira dua meter dari sebuah rumah milik seorang peniaga berusia 50-an telah menggemparkan penduduk di Jalan Badak Mati, Sungai Bakap di sini semalam.
Perbuatan khianat itu dipercayai kemungkinan berpunca daripada masalah hutang atau ugutan terhadap peniaga wanita berkenaan. Bagaimanapun, kediaman tersebut tiada berpenghuni ketika kejadian itu sebaliknya bom dibungkus dalam kotak hadiah dan beg kertas tersebut ditemui oleh seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan pukul 11 pagi.
Dia yang berasa curiga dengan kotak hadiah berkenaan bertindak memeriksanya sebelum terkejut dengan penemuan bahan letupan tersebut.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim itu memberitahu, pemeriksaannya ke atas bungkusan hadiah itu mendapati, terdapat empat item berbentuk segiempat yang mengandungi wayar, skru, paku dan bahan mudah terbakar menyerupai bom dibalut kemas dengan kertas pembalut hadiah berwarna-warni manakala dua lagi diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna putih.
“Bungkusan bom itu diletakkan pada jarak kira-kira dua meter dari rumah mangsa. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment