Wednesday, January 07, 2015

Tinjauan Lorong Gelap Jalan Thambypillai. Pelacur, Pemimpin Dayus?

"MALAM itu, kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang asyik berbual sambil ekor mata mereka memerhati pelacur-pelacur yang berlegar-legar di kawasan itu. Asap rokok turut tidak lekang di mulut mereka sambil merangkul erat tubuh rakan perempuan masing-masing. "

Demikian penulis Kosmo!Online membuat tinjauan di lorong gelap Jalan  Thambypillai, Brickfields, Kuala Lumpur. Dia cuba mendekati seorang remaja lelaki selepas mengetahui lelaki itu merupakan antara pengunjung bawah umur dan kerap hadir di lorong itu. Pemuda berkulit cerah itu sedia menerima pelawaan untuk minum bersama penulis.
RUMAH merah di Jalan Thambypillai menjadi sarang kepada remaja memuaskan nafsu mereka. 

Dia yang menyarung baju T berwarna hitam bercetak gambar kumpulan rock legenda tempatan dan berseluar jean pendek rona biru membahasakan diri sebagai Fitri. Fitri, 16, turut memperkenalkan seorang lagi rakan lelaki yang juga teman sekelasnya.

Fitri memberitahu, dia berjaya menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan ibu bapanya dengan alasan ke pusat tuisyen selain mempunyai perbincangan berkumpulan di rumah rakan.

“Mereka tidak banyak soal. Mereka juga jarang bertanya mahupun menghubungi saya jika pulang lewat ke rumah.
“Lagipun, saya bawa persalinan lain di dalam beg sandang. Selepas bergembira di lorong itu, saya akan tukar semula baju di tandas di stesen minyak berdekatan sebelum pulang ke rumah,” katanya yang berharap tiga adiknya tidak mengikut jejak langkahnya itu.

Paling mengejutkan apabila dia mengaku turut terjebak dalam aktiviti pelacuran itu dan melanggan seorang pelacur Indonesia pada harga serendah RM10.

“Mungkin nasib menyebelahi saya pada hari tersebut apabila seorang pelacur Indonesia menawarkan RM10 bagi menikmati tubuhnya.
“Kebiasaan, khidmat pelacur ditawarkan pada harga RM30 dan kami mampu membayarnya. Mereka tidak kisah dengan umur, janji ada pelanggan untuk berseronok.
“Mereka gembira dapat duit, kami pula senang hati dapat puaskan nafsu. Adakalanya disebabkan terlalu ketagihan, saya akan berjimat duit belanja RM5 sehari yang diberikan ibu bapa saya demi melanggan ‘ayam’,” ujarnya sambil memberitahu dia ketagihan seks selepas menonton video lucah bersama rakan.
DENGAN bayaran serendah RM10, remaja boleh mendapatkan khidmat seks daripada pelacur warga asing.

Penulis itu turut menghampiri seorang bapa ayam yang mengusahakan perniagaan pelacuran melibatkan wanita warga asing. Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Richard, 50, berkata, sejak setahun lalu, kawasan ini kerap dikunjungi remaja sekolah.

“Jumlah itu dilihat semakin bertambah ekoran tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Serbuan jarang dilakukan dan tahun ini hanya dua kali kawasan ini digempur polis.
“Selalunya, mereka hanya membuat rondaan bagi mencegah jenayah ringan seperti meleraikan kes pergaduhan dan ragut,” katanya.

Richard memberitahu, kebanyakan pelanggan bawah umur itu ketagihan seks angkara mereka sering mengakses laman web lucah dengan mudah. Malah ada antara mereka yang menonton video porno ketika melacur ‘ayam’ bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.

“Akibat ketagihan, akan timbul rasa ingin mencuba dan mempraktiskan aksi ditonton.
“Lama-kelamaan, ia menjadi kebiasaan dan mereka tidak kisah bercumbuan secara terang-terangan,” kata lelaki setengah abad itu sambil memberitahu penulis pelacur dari negara gajah putih baru saja tiba.

Begitulah kisah sarang pelacuran di lorong hitam Jalan Thambypillai, Brickfields, Kuala Lumpur. Menurut penulis Kosmo! itu, 'fakta sejarah' menyumbang kepada kewujudan Jalan Thambypillai itu.

"Betapa negara ini mempunyai kemajmukan bangsa selain mengiktiraf hak kaum lain selain orang Melayu. Ia turut menyingkap sejarah keterbukaan sistem Jus Soli pada tahun 1945 di bawah Malayan Union.

"Perlaksanaan pada tahun berikutnya telah membuka laluan masuk hampir sejuta kaum asing terutama Cina dan India. Sistem yang diperkenalkan di Jerman pada peringkat awalnya diaplikasikan di Tanah Melayu sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan yang termeterai pada Ogos 1957." Katanya.

AirAsia jatuh, Wali Kota Risma gelar doa bersama saat Tahun Baru
Siapa orang Indonesia yang tidak kenal Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Risma Triharini ini?  Beliau terkenal dalam membanteras maksiat pelacuran dengan sekelip mata, berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya.

Nampaknya, setelah lebih setengah abad Malaysia merdeka, rupanya pemimpin-pemimpinnya tidak mampu menyelesai masalah pelacuran dari dulu sehingga sekarang. Apalagi Malaysia sudah dinobadkan 'Islam sebagai agama bagi Persekutun' ini. Dayus sangatkah pemimpin Malaysia, berbanding dengan seorang pemimpin wanita Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Indonesia Risma Triharin?

 Risma terkenal kerana berjaya dalam membanteras maksiat dengan sekelip mata.. Berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya Indonesia. 

Sila lihat puluhan artikel mengenainya dalam weblog ini (klik . 'Gang Dolly' di kolum 'Taipkan Perkataan Yang Anda Cari' atas sebelah kanan. Contohnya..
Dan banyak lagi. 

Diharap pemimpin negara ini tidak se dayus itu..

(IH)

3 comments:

Anonymous said...

Ehhhh mana ada pemimpin malaysia yg dayus.. semua elok jaa... ramai pemimpin agama islam.. alhamdulillah negara ni negara islam... kita ada 9 org sultan yg mana 9 org tu lah diiktiraf sebagai ketua agama.. kat mana yg dayus nya???
ok apa ada tempat pelacuran mcm ni.. baru la sesuai dgn konsep wasatiyah kerajaan.. kerajaan cuma nak undang bala ja.. rasuah ada, judi ada, arak ada, hiburan ada, pelacuran pun makin berkembang.. bagus utk ekonomi negara ni... apa susah... new year tahun depan buat la ya hanana balik.. HIDUP BN!!!!

Anonymous said...

Sokong wasatiyyah kau. Peduli ape dgn peringatan al quran ttg kaum yg ingkar. Hidup bn. Mampos umat. Ya madat ya madat. Dunia dah nak lingkup. Teruskan trruskan

Unknown said...

Tempat tu dah tinggal kenangan habis dah tutup semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails