▼
Winston Churchill Pernah Ingin Masuk Islam, Tetapi...
Sir WInston Churchill.
Perdana Menteri Inggeris yang terkenal saat masa Perang Dunia Kedua Winston Churchill selalu tertarik dengan budaya Timur dan Islam. Dia bahkan pernah berkeinginan memeluk Islam.
Namun keluarga Churchill meminta dia melawan keinginan masuk Islam itu. Khabar itu terungkap dari sepucuk surat bertarikh Ogos 1907.
"Mohon jangan masuk Islam. Saya melihat kecenderunganmu untuk berpindah keyakinan," kata perempuan yang kemudian jadi kakak iparnya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Independent, Ahad (28/12).
"Jika kamu melakukan hubungan dengan Islam, kamu pasti akan mudah berpaling. Mohon lawanlah keinginan itu," kata dia lagi.
Surat penting itu berjaya ditemui oleh penyelidik sejarah di Universiti Cambridge bernama Warren Dockter. Menurut Dockter, surat itu ditulis oleh Lady Gwendoline Bertie yang berkahwin dengan saudara Winston Churchill, Churchill Jack.
Churchill memang pernah dianggap mengubah keyakinannya yang seperti ateis menjadi Muslim. "Dia seperti terpesona dengan budaya Islam," ujar Dockter.
Churchill berkesempatan mengamati budaya Islam ketika ia menjadi perwira Tentera Inggeris di Sudan. Dari sanalah asal mula kebimbangan keluarga Churchill jika dia benar-benar menjadi muslim. (IH)
No comments:
Post a Comment