Friday, February 13, 2015

3 Pelajar Islam Dibunuh, Lagi AS Negara Perkauman.

(Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks.  
(Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks.

CAROLINA UTARA, Amerika Syarikat – Pihak polis yang menyiasat kes pembunuhan tiga pelajar Islam di sini pada Selasa lalu sedang melakukan siasatan lanjut sama ada kejadian itu bermotifkan perkauman.

Suspek, Craig Stephen Hicks, 46, didakwa melakukan pembunuhan tersebut di kampus Universiti Carolina Utara di bandar Chapel Hill yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Polis menegaskan bahawa siasatan awal menunjukkan berlaku pertelingkahan antara Hicks dan mangsa mengenai tempat letak kereta. Dalam kejadian berkenaan, Hicks melepaskan tembakan menyebabkan kematian Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad, 21, dan adik Yusor, Razan Mohammad, 19.

Bagaimanapun, polis berkata, mereka tidak menolak kemungkinan faktor kebencian Hicks terhadap umat Islam menjadi punca pembunuhan tersebut.

“Kami memahami kebimbangan mengenai kemungkinan bahawa pembunuhan ini bermotifkan kebencian. Oleh itu, kami berusaha meneliti setiap petunjuk untuk memastikan jika itu yang berlaku,” kata Ketua Polis Chapel Hill, Chris Blue.

Bapa kepada dua beradik yang terbunuh itu menuntut penyiasatan dilakukan terhadap pembunuhan tersebut yang disifatkannya sebagai jenayah kebencian.

“Ini bukan disebabkan pergaduhan terhadap tempat letak kereta, ini merupakan satu jenayah bermotifkan kebencian kepada Islam,” kata Mohammad Abu Salha.
“Lelaki ini telah mengugut anak saya dan suaminya beberapa kali sebelum ini dan dia bercakap dengan pistol di tali pinggangnya,” kata Mohammad.

Dia memberitahu akhbar tempatan, News & Observer bahawa anak perempuannya pernah menyuarakan kebimbangan terhadap Hicks ming­gu lalu.

“Demi Allah, dia bencikan kami kerana apa yang kami ada dan rupa kami,” tegas Mohammad memetik kata-kata anaknya itu. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Memang jelas AS negara perkauaman yang mencipta 'keganasan'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails