Sunday, February 22, 2015

4 Lagi Gadis UK & M'sia Ingin Bersama ISIS..


 Dua remaja perempuan kembar Inggeris gabung ISIS.
TIGA siswi dari Akademi Bethnal Green, United Kingdom menghilang. Diduga ketiganya terbang ke Turki dengan maksud untuk menjadi pengantin jihad. Tiga siswi tersebut, Shamma Begum (15), Kadiza Sultana (16), dan satu lagi tak disebutkan namanya, berusia 15 tahun, berteman dekat dengan seorang gadis yang melakukan perjalanan ke Syria pada Disember tahun lalu. 


Kerajaan dan polis UK berusaha untuk mencari mereka agar dapat menggagalkan rancangannya."Saya fikir ada peluang kita boleh mendapatkan tiga gadis itu kembali. Jika tidak, mereka akan melakukan perjalanan ke Syria," ujar Komander Richard Walton, seperti laporn Russian Today, Sabtu (21/2).

Amira Abase (kiri) bersama rakannya dikesan di Lapangan Terbang Gatwick pada Selasa.

 
 Shamima dan Kadiza.

Menurut maklumat keluarga, ketiga gadis tersebut tidak meninggalkan mesej kepada keluarga atau rakan-rakan lain sebelum mereka berangkat. Mereka berangkat dengan pesawat Turkish Airlines. Rupanya banyak remaja Inggeris yang ingin membuat perjalanan ke Syria yang saat ini dikendalikan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). 

"Kami prihatin dengan semakin ramai gadis remaja yang ingin melakukan perjalanan ke sempadan Syria. Pasalnya daerah itu sedang dikuasai ISIS," katanya. 

Saya berharap, kata Walton, ketiga gadis tersebut kembali sekarang lantaran mendengar kebimbangan kami dan orang tua mereka. Menurut laporan, dua gadis itu hilang pada Selasa malam, sedangkan satunya lagi pada Rabu pagi.

Sementara itu di Kuala Lumpur, pihak Bukit Aman percaya seorang gadis berusia 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, telah terpengaruh dengan ideologi kumpulan itu sebelum memasuki sekolah tahfiz lagi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, ini berdasarkan hasil siasatan awal terhadap gadis itu. Bagaimanapun, siasatan tetap diteruskan untuk melihat sama ada terdapat pembabitan sekolah tahfiz berkenaan dalam penyebaran ideologi IS, katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

"Kita telah kenal pasti sekolah tahfiz itu dan setakat ini kita tengah siasat ... bagaimanapun saya yakin gadis ini sebelum memasuki tahfiz itu, dia telah terdedah dengan pengaruh IS melalui internet.
"Kita juga akan siasat guru-guru di sekolah tahfiz berkenaan termasuk latar belakang mereka," katanya.

Rabu lepas, gadis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ketika cuba pergi ke Syria melalui Mesir. Gadis yang berasal dari Muar itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam. 

Keempat-empat gadis tersebut dari UK dan Malaysia ingin bersama ISIS.
(IH)


Remaja berusia 14 tahun ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment