Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan di atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun yang lalu dan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
- IH/MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment