Thursday, February 12, 2015

AS Gerun, Gagal Bendung 20,000 Sertai IS Seluruh Dunia


Kurdish civilians gather in the Syrian Kurdish city of Qamishli as they wave Kurdish flags in celebration
Amerika: Terlalu Awal Mengatakan Kemenangan Kurdi di Kobane Sebagai Titik Balik Kekalahan IS


WASHINGTON – Kempen pengeboman Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria gagal membendung kemasukan pejuang asing untuk menyertai kumpulan militan ­Islamic State (IS) dan kumpulan-kumpulan pelampau lain.

Beberapa pegawai agensi perisikan AS memberitahu, rekrut baharu IS itu termasuk 3,400 orang warga Barat dan 20,000 lagi dari seluruh dunia.

Agensi perisikan AS percaya bahawa seramai 150 warganya berkunjung ke Syria dengan sebahagian mereka berjaya memasuki zon perang di negara berkenaan.

“Sebahagian lagi rakyat AS ditangkap semasa dalam perjalanan, sejumlah lain mati di zon perang dan segelintirnya masih berjuang bersama IS,” kata beberapa pegawai semasa menjawab soalan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negara AS.

Bercakap isu sama, Ke­tua Pusat Antikeganasan Nasional, Nick Rasmussen berkata, bilangan pejuang asing yang berkunjung ke Syria jauh lebih ramai berbanding warga asing yang berjuang di Afgha­nistan, Pakistan, Iraq, Yemen atau Spmalia sejak 20 tahun lalu.

Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan AS bahawa mereka akan pulang ke negara tanpa dapat dikesan untuk melancarkan serangan pengganas.

Sekurang-kurangnya seorang daripada tiga lelaki yang melancarkan serangan ke atas akhbar satira Perancis di Paris pada bulan lalu pernah menyertai kumpulan militan Islam di Yemen. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: AS sudah gerun melihat  rekrut baharu IS itu termasuk 3,400 orang warga Barat dan 20,000 lagi dari seluruh dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails