Saturday, February 28, 2015

Awie-Rozana: Saya Diberi Hak Penjagaan, Bukan 'Melarikan'.


GAMBAR terbaharu Rozana bersama dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki (belakang) dan Puteri Qaseh Antashah di Kuala Lumpur semalam.

HALAMAN HIBURAN
KL: Awie-Rozana, gara-gara 'berebut anak', isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun, 37, menegaskan, dakwaan suaminya yang mengatakan, dia melarikan dua anak mereka, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qaseh Antashah 5, adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut Rozana, istilah ‘melarikan anak’ tidak tepat menggambarkan si­tuasi tersebut memandang­kan dia telah diberikan hak penjagaan oleh pihak mahkamah pada 27 Januari lalu.

“Lagipun, saya telah diberikan hak penjagaan oleh mahkamah. Ini menjadikan istilah ‘melarikan anak’ itu tidak tepat sama sekali. Saya berharap Awie berhenti berhalusinasi,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Tambah Rozana, dia juga tidak pernah menghalang Awie daripada datang menjenguk anak-anaknya itu yang berada di bawah penjagaannya kini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails