JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo menggugurkan pencalonannya
untuk jawatan ketua polis negara semalam selepas berminggu-minggu
berdepan kemarahan orang ramai ekoran calon berkenaan disyaki terlibat
dengan rasuah.
Kelewatan Presiden Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi
membatalkan pencalonan Budi Gunawan juga menyebabkan ramai penyokongnya
sangsi dengan keupayaan beliau menangani rasuah.
Budi sebelum ini dinamakan sebagai suspek oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK)
“Hari ini (semalam), kami menyerahkan satu pencalonan baharu untuk kelulusan Parlimen.
“Beliau ialah pemangku ketua polis Indonesia, Badrodin Haiti,” kata Jokowi pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di sini.
Pada bulan lalu, KPK menamakan Budi sebagai suspek dalam satu kes rasuah sekali gus memaksa Jokowi menangguhkan pelantikannya.
Sebagai tindak balas, polis Indonesia mengisytiharkan ketua KPK,
Abraham Samad dan timbalannya,
Calon Kapolri (Ketua Polis) Komjen Pol Budi Gunawan. SINDOphoto
Widjojanto sebagai suspek dalam
dua kes jenayah berasingan serta mengancam untuk menyiasat lebih ramai
pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu.
Pada sidang akhbar berkenaan, Jokowi turut mengumumkan penggantungan
tugas Abraham dan Bambang. Menurutnya, mereka akan diganti supaya
kerja-kerja KPK boleh diteruskan.
Sementara itu, kaji selidik terbaharu oleh firma audit tempatan pada
bulan ini mendapati cuma 45 peratus rakyat Indonesia yang berpuas hati
dengan prestasi Jokowi berbanding 72 peratus pada Ogos, tahun lalu. –
Reuters
No comments:
Post a Comment