Monday, February 02, 2015

Bila Lagi Kerajaan M'sia Nak Haramkan Arak?

   


Gambar ini tersebar di internet.

BILA lagi Kerajan Malaysia nak mengharamkan arak? Malaysiakini melaporkan, tiga wakil rakyat PAS hari ini menggesa pengharaman jualan arak di kedai serbaneka di Melaka diperluas ke seluruh negara.

Nasrudin Hasan (Temerloh), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) menyatakan perkara itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini.

Mereka juga menegaskan bahawa dasar itu pernah dilaksanakan oleh bekas exco PAS di Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada 2009 berdasarkan peruntukan dalam enakmen jenayah negeri. Hasan yang pernah menyandang jawatan naib presiden PAS dipecat  pada 2012 ekoran tindakannya yang merugikan parti.

"Ia (penjualan arak) termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah dan Rasulullah SAW dalam urusan pemprosesan serta penyediaan arak.

"Kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara.
“Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama," kata mereka.

Kerajaan Melaka dilapor akan mengharamkan penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di kawasan majoriti Melayu dan Islam. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam kenyataan berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat exco. Bagaimanapun komposisi kaum bakal dipertimbangkan sebelum pengharaman tersebut dilakukan.



Sementara itu, parlimen Singapura telah meluluskan akta kawalan minuman keras (bekalan dan kepenggunaan) pada bacaan kali kedua pada hari Jumaat lepas, 30 januari 2015. Menteri kedua Hal Ehwal dalam Negeri Singapura, S Iswaran dilaporkan menyatakan bahawa parlimen meluluskan akta tersebut kerana alasan yang kukuh untuk kementerian itu mengambil tindakan proaktif bagi menghadkan penjualan dan kepenggunaan alkohol dalam Singapura.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails