Gambar ini tersebar di internet.
BILA lagi Kerajan Malaysia nak mengharamkan arak? Malaysiakini melaporkan, tiga wakil rakyat PAS hari ini menggesa pengharaman jualan arak di kedai serbaneka di Melaka diperluas ke seluruh negara.
Nasrudin Hasan (Temerloh), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) menyatakan perkara itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini.
Mereka juga menegaskan bahawa dasar itu pernah dilaksanakan oleh bekas exco PAS di Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada 2009 berdasarkan peruntukan dalam enakmen jenayah negeri. Hasan yang pernah menyandang jawatan naib presiden PAS dipecat pada 2012 ekoran tindakannya yang merugikan parti.
"Ia
(penjualan arak) termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah
dan Rasulullah SAW dalam urusan pemprosesan serta penyediaan arak.
"Kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara.
“Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama," kata mereka.
Kerajaan Melaka dilapor akan mengharamkan penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di kawasan majoriti Melayu dan Islam. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam kenyataan berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat exco. Bagaimanapun komposisi kaum bakal dipertimbangkan sebelum pengharaman tersebut dilakukan.

Sementara itu, parlimen Singapura telah meluluskan akta kawalan minuman
keras (bekalan dan kepenggunaan) pada bacaan kali kedua pada hari Jumaat
lepas, 30 januari 2015. Menteri kedua Hal Ehwal dalam Negeri Singapura, S Iswaran dilaporkan
menyatakan bahawa parlimen meluluskan akta tersebut kerana alasan yang
kukuh untuk kementerian itu mengambil tindakan proaktif bagi menghadkan
penjualan dan kepenggunaan alkohol dalam Singapura. (IH)
No comments:
Post a Comment