Thursday, February 12, 2015

Dr Hatta Ketua 'March to Freedom', Mengapa PAS Tidak PKR?

KL: Benarkah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat  "March to Freedom"? Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Nuha Anwar hari ini (2/11) melancarkan kempen "March to Freedom" selepas bapanya dihukum penjara, semalam.

Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas bapanya sebelum ini.

"Perjuangan ini adalah bagi  membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut. Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini. Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.

"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.

Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk


Ramai tertunggu-tunggu apakah benar Dr Mohd Hatta terlibat dalam sekretariat tersebut. Mengapa perlu pemimpin PAS mengetuainya bukan pemimpin PKR?

Video: Nurul Nuha Lancar Kempen "March to Freedom"  Sidang media oleh Nurul Nuha Anwar dan ahli keluarganya di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails