TORONTO – Seorang hakim di sebuah mahkamah di sini enggan mendengar kes seorang wanita Islam selagi dia tidak menanggalkan tudungnya, lapor agensi berita CBC kelmarin.
Pemberita agensi tersebut yang memetik rakaman audio daripada sesi perbicaraan pada Selasa lalu melaporkan, Hakim Eliana Marengo memberitahu Rania El-Alloul bahawa mahkamah merupakan sebuah tempat sekular dan pakaiannya itu tidak sesuai.
“Topi dan cermin mata hitam misalnya, tidak dibenarkan dan saya tidak nampak kenapa tudung kepala patut dikecualikan,” kata Marengo dalam rakaman tersebut.
Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenan rakaman tersebut, manakala Jabatan Kehakiman Quebec belum memberi maklum balas terhadap kes tersebut. Marengo juga gagal dihubungi buat masa ini.
Laporan CBC itu menjelaskan Rania berada di mahkamah untuk memohon bagi mendapatkan semula keretanya yang dirampas Lembaga Insurans Kenderaan Quebac. Kereta itu dirampas selepas polis menahan anak wanita itu memandu dengan lesen yang telah digantung.
Penampilan dengan simbol agama di tempat awam menjadi isu hangat di negara ini sejak beberapa tahun lalu.
Pada 2013, kerajaan Parti Quebecois (PQ) mencadangkan kakitangan awam dilarang memakai hijab, kopiah Yahudi atau lain-lain simbol keagamaan ketika bertugas. Bagaimanapun, rang undang-undang itu gagal selepas PQ dikalahkan dalam satu pilihan raya wilayah tahun lalu. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah hakim fanatik lagi ektream dari Kanada, yang tindakannya bakal menimbulkan ketidakpuasan dan kepengganasan?
No comments:
Post a Comment