HALAMAN HIBURAN
BERHIJRAH bukan suatu perkara mudah. Ini pengalaman yang dilalui oleh Farah Fauzana yang dilahirkan pada 7 Februari 1980, di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
“Kalau dulu, saya akui memang sedikit pelik dengan sesetengah wanita
yang masih menyarung sarung tangan sedangkan lengan baju yang dipakai
sudah cukup menutup pergelangan tangan. Namun selepas berhijab, barulah
saya mengerti tentang semua itu dan ia membuatkan saya lebih tenang
mendepani hari-hari mendatang sebagai seorang muslimah.”
Tuturnya
membuka bicara saat dituju perihal kehidupannya kini yang melangkaui
fasa seorang wanita berhijab oleh Kosmo Online hari ini.
Bekas hos Nona itu mempunyai tiga orang adik-beradik, hobi memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam itu menyambung..
“Islam itu indah dan hijab
itu menenangkan saya. Saya akui, hijab ada kuasa yang tersendiri dalam
mempengaruhi orang di sekeliling saya lebih-lebih lagi saya bekerja
dalam ruang lingkungan yang memerlukan saya menghabiskan masa berjam-jam
di set lokasi.
“Seperti contoh, sebelum memakai hijab, pihak produksi akan sentiasa
peka dengan keperluan saya untuk menunaikan solat. Sampai waktu solat,
mereka akan beri ruang kepada saya untuk menunaikan perintah wajib
tersebut.
“Apabila sudah berhijab kini, kepekaan dan sikap ambil berat mereka
semakin tinggi walaupun kebanyakan orang produksi tersebut bukanlah
seorang Muslim. Perkara sebegini membuatkan saya begitu terharu dan
sebak memikirkan betapa hebatnya agama Islam.”
Bercerita lanjut, Fara mengakui proses penghijrahannya bukanlah
sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Walaupun tidak sekuat mana halangan
yang menimpa, namun terkadang sedikit ujian kecil itu membuatkan dirinya
tercuit jua.
Ceritanya, pada tempoh awal perubahan dahulu, wujud beberapa perkara
yang membuatkannya berasa penghijrahan yang dilakukan seakan membawa
masalah kepada seorang selebriti seperti dirinya untuk melakukan tugas
seperti biasa.
Dia yang pernah menjadi penyampai radio Era FM (tahun 2004-2005), radio Hot FM tahun 2006 hingga sekarang), pengacara Melodi, pelakon utama sitkom, pengacara Nona dan Res-Q di TV3 berkata..
“Tidak perlu saya beritahu pihak mana atau siapa, tetapi cukuplah
sekadar berkongsi pengalaman bahawa negara kita sebuah negara Islam.
Mengapa perlu memandang soal hijab dan aurat sebagai satu masalah untuk
selebriti tampil di kaca televisyen.
“Alhamdulillah saya tidak memandang semua perkara itu sebagai perkara
besar memandangkan sebagai seorang yang tegas dengan pendirian, saya
harus berani menegakkan kebenaran. Insya-Allah mungkin selepas ini
masalah seperti itu tidak akan timbul lagi kepada mana-mana artis atau
selebriti wanita kita,” ujar Fara optimis.
Akhirnya ditanya mengenai jodoh, Fara hanya meletakkan soal
ketentuan jodohnya kepada Yang Maha Esa, tetapi dalam masa sama percaya
jodohnya tetap ada.
“Kali ini biar saya jawab dengan jawapan yang tidak nampak terlalu
klise. Selalunya kalau dicucuk dengan soalan jodoh, orang ramai akan
ambil pendekatan menyelamatkan diri dengan memberi jawapan belum sampai
masanya.
“Jujurnya, saya percaya jodoh itu ada. Ada. Memang ada. Saya percaya
dan masih percaya meskipun sehingga ke hari ini saya belum bertemu
dengannya (jodoh).
“Sebagai manusia, apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada Sang Pencipta yang telah menentukan atur
letaknya takdir kita. Bukan saya tidak berusaha tetapi saya percaya,
sampai masanya nanti jodoh itu akan datang juga. Cuma ia akan datang
dalam masa yang cepat atau lambat, itu sahaja.
“Pada saya, biarlah Tuhan yang tentukan segalanya kerana Dia lebih
mengetahui yang terbaik. Apabila saya masih percaya, ia bermakna saya
masih belum mengalah untuk menunggu,” ujar Fara penuh makna. (IH)
MENDEPANI
hari-hari yang lebih tenang, fasa perubahan dalam diri Fara membuatkan
wanita berusia 35 tahun ini semakin matang dalam segala tindak tanduk
dan perilakunya.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment