Sarah Begum jadi ratu di daerah kaum bogel Amazon.
KL (IH): Mimpi Sarah Begum, 26 tahun, untuk menjadi ratu di hutan Amazon akhirnya menjadi kenyataan.
KL (IH): Mimpi Sarah Begum, 26 tahun, untuk menjadi ratu di hutan Amazon akhirnya menjadi kenyataan.
Perempuan berparas cantik dari United Kingdom ini beberapa waktu mendapat gelaran Ratu Amazon selepas berkahwin dengan Ginkto, 50 tahun, seorang pejuang suku Huaroani di hutan Amazon, Ecuador.
Perkahwinan Sarah dengan Ginkto terjadi kerana tidak sengaja dan bukan kerana cinta. Sarah 'dipaksa' berkahwin agar dapat memfilemkan kehidupan suku Huaroani yang terancam tergusur dari Amazon. Sarah adalah seorang sineas muda yang berniat mengangkat kehidupan masyarakat pedalaman di hutan hujan Amazon.
"Apabila berusia 9 tahun aku sudah belajar tentang suku-suku Amazon dan mengetahui bagaimana kehidupan mereka terancam dunia moden," kata Sarah.
Sejak itu impian Sarah untuk mengangkat kisah suku Amazon semakin kuat dan keinginannya untuk melawat mereka juga kian menjadi. Sarah kemudian keluar dari pekerjaannya dan menggunakan semua simpanan untuk menyewa krew filem.
"Aku ingin melakukan penyelidikan tentang kehidupan suku di Amazon secara nyata."
Ia membiayai projek dengan wangnya sendiri dan dia kemudian terbang sejauh 9300 kilometer dari London ke Ecuador, khususnya ke bandar Amazon, Coca. Setelah melalui perjalanan sungai yang dipenuhi aligator dan piranha, Sarah akhirnya ....
Dia dan kru akhirnya tiba di desa Bameno, tempat suku Huaroani tinggal. Sarah disambut hangat oleh warga suku Huaroani.
"Aku diajar menenun oleh kaum perempuan Huaroani dan memburu dengan tombak oleh kaum lelakinya."
"Aku diajar menenun oleh kaum perempuan Huaroani dan memburu dengan tombak oleh kaum lelakinya."
Para tertua adat mendesak Sarah untuk lebih terlibat dalam budaya mereka. Mereka kemudian memanggil Sarah masuk ke sebuah pondok.
"Di sana semua orang sudah telanjang. Aku diberitahu perlu telanjang kerana akan memakai pakaian adat mereka yang dibuat dari serat tumbuh-tumbuhan."
Saat itu Sarah benar-benar dilema. Di satu sisi, dia tidak mungkin telanjang kerana sedang dirakam. Sarah rasa-rasanya ingin berhenti dan pulang ke London. Tapi Sarah juga ingin menyatu dan memahami tradisi mereka. Akhirnya Sarah bersetuju untuk berpakaian ala suku Huaroani.
Selepas itu pemimpin suku tertua mula menyanyi dan para perempuan membuat chicha (minuman khas suku Huaroani). Lalu mereka membuatkan mahkota dari bulu burung macau.
"Mereka mengatakan bahawa aku akan dijadikan ratu. Setelah itu mereka mengelilingiku dan bernyanyi."
Sarah kemudian disuruh minum chicha. Selepas itu mereka memberi Sarah nama panggilan 'Imaca' yang bermakna 'nama terakhir'.
"Kemudian aku dipertemukan dengan calon suamiku, Ginkto. Ketua suku mengatakan Ginkto adalah pejuang Amazon paling hebat dan akan menjadi suami yang baik."
Dan benar saja, Sarah menilai Ginkto orang yang baik dan pemburu yang kuat sehingga namanya popular di kalangan perempuan Huaroani.
"Dia lucu dan suka penasaran dengan kehidupanku di London."
Untungnya, perkahwinan tersebut hanya simbol untuk membuat Sarah rasmi menjadi sebahagian dari keluarga suku Huaroani. Sarah tidak diwajibkan untuk berkhidmat Ginkto seperti layaknya suami-isteri.
Berkat perkahwinan tersebut, Sarah akhirnya boleh menyelesaikan filemnya yang berjudul Amazon Souls yang beberapa waktu yang lalu sempat dimainkan di Festival Filem Cannes. Sarah akhirnya boleh menyampaikan mesej bahawa saat ini kehidupan suku-suku pedalaman di Amazon tengah terancam oleh perkembangan dunia.
"Mereka tengah berjuang melawan syarikat pembalakan yang ingin menggusur kehidupan mereka keluar dari hutan."
(IH/Sumber: news.com.au)

No comments:
Post a Comment