K/TERENGGANU – Tiga puluh wakil dari gerakan Islam luar negara telah mengesahkan kehadiran mereka ke program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3.

Pengarah Urusetia Ijtimak, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, segala persiapan untuk menganjurkan ‘program besar’ yang akan diadakan bermula pada Khamis 19hb Mac itu, sedang giat dijalankan.

“hanya berbaki 3 minggu atau 21 hari dari sekarang……..semua kerja-kerja (persiapan) sedang giat dijalankan dan jemputan kepada tetamu (terdiri) daripada pimpinan gerakan Islam sudah menjangkau 30 buah negara,
“yang telah pun memberikan persetujuan untuk hadir dan in sha Allah (dalam) beberapa hari lagi (semua) baki yang lain (akan memberikan pengesahan) untuk datang,”ujarnya keika ditemui pada Rabu 25 Februari.

Beliau berkata pihaknya telah membuka pendaftaran kepada semua peserta Ijtimak dengan membeli ‘button badge’melalui wakil di negeri-negeri di seluruh negara. Selain itu, untuk pendaftaran secara ‘online’ (atas talian) orang ramai boleh melayari laman sesawang (web) Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di alamat www.wuoms.org.

Katanya, kepada mereka yang berhajat untuk melaksanakan ibadah aqiqah sempena Ijtimak tersebut juga boleh mendaftar melalui laman web tersebut.

“dan kepada mereka yang berhalangan mendaftar melalui wakil di negeri-negeri, boleh mendaftar secara ‘online’ dengan melayari web www.wuoms.org ,
ijtimak-a
“turut juga kita buka kepada muslimin dan muslimat sekelian yang melakukan (ibadah) aqiqah utnuk mendaftar melalu web itu,”jelasnya.

Menurut laman sesawang tersebut, Ijtimak antarabangsa perpaduan ummah kali pertama pada tahun 1988 dan kali keduanya diadakan pada tahun 2003. Ijtimak pada kali ini dijangka menarik kehadiran seramai 200,000 orang peserta dari dalam dan luar negara, yang akan melibatkan lebih 70 gerakan Islam termasuk tokoh-tokoh Islam antarabangsa.

Ucaptama Ijtimak akan disampaikan oleh Ketua Parti Ennahdha Tunisia Syeikh Rashid Ganusi, dan diikuti oleh tokoh-tokoh ukanak dan gerakan Islam termasuk ketua ulama kesatuan negara Syria, muraqib daripada negara Jordan, pemimpin dari benua Afrika, dan tokoh-tokoh daripada parti AKP, dan parti Sadat dari Turki.
sumber: www.buletinonline.net