SEBAK
rasanya tatkala menyusuri video lama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat (Tok Guru) sewaktu berada di Masjid Tuanku Mizan yang dirakam
pada April 2013 yang lalu.
Beliau telah diserbu oleh beribu-ribu jemaah sebaik sahaja menyedari kehadirannya selepas selesai menunaikan solat jumaat di masjid tersebut. Biarpun kehadirannya di Putrajaya adalah untuk membantu kempen calon PAS, Datuk Husam Musa pada pilihanraya tahun itu, ternyata jemaah tidak mengira ideologi politik berebut-rebut mahu melihat Tok Guru secara dekat.
Itulah penangan kepimpinan menerusi teladan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan beliau, sehingga berjaya memikat hati rakyat Malaysia dan seterusnya mengetepikan perbezaan fahaman pada masa itu.
Perjumpaan dengan rakyat tanpa protokol, makan di warung tepi jalan dan lebih selesa tinggal di rumah kampung biarpun bergelar ahli politik tersohor…itu antara kesederhanaan hidup Tok Guru yang pasti akan kita ingati sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment