▼
Monday, February 09, 2015
Ini, Amanat Terakhir Anwar Sebentar Tadi..
Malaysiakini membawakan liputan langsung dari majlis makan malam ini Padang Timur, Petaling Jaya . Dalam ucapan menggunakan bahasa Mandarin, pangacara majlis tersebut mempromosikan ceramah tersebut sebagai "amanat terakhir" Anwar.
LANGSUNG
9pm: Anwar memberi ucapan di hadapan kira-kira 2,000 orang hadirin yang memenuhi 200 buah meja majlis makan malam di Padang Timur.
"Anwar di luarkah, Anwar di dalamkah, Pakatan Rakyat padu, maju untuk Malaysia," kata Anwar cuba meyakinkan hadirin yang rata-rata khusyuk menikmati makan malam mereka.
Anwar kemudian menjemput isterinya merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke atas pentas untuk berucap selepas beliau.
"Saya sekarang jemput heroin saya, Wan Azizah untuk ke pentas.
"Saya hendak tinggalkan Kit Siang tak susah sangat, tapi nak tinggalkan Azizah ini ...cukup susah," kata Anwar disambut tepukan hadirin.
Majlis makan malam di kawasan bawah khemah itu berakhir sebaik ucapannya tamat.
Pengerusi majlis meminta hadirin bergerak ke kawasan padangan untuk mengikuti Ceramah Perdana.
Dalam ucapan menggunakan bahasa Mandarin, pangacara majlis tersebut mempromosikan ceramah tersebut sebagai "amanat terakhir" Anwar.
9.40pm: MP Subang, Sivara Rasiah membuka pentas ceramah malam ini dengan ucapan di hadapan hadirin yang sebilangannya bersila di atas padang.
"Saiful Bukhari ini kata dia diliwat banyak kali.
"Tapi dia ini banyak lubang. Banyak lubang dalam cerita dia," kata Sivarasa.
(IH)
No comments:
Post a Comment