INI gambar Datin yang dikatakan ditangkap khalwat dengan seorng ustaz, ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap. Mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.
Dikatakan, hal ini akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis. Seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih ‘warak’ atau seorang ustaz sebelum ditangkap berkhalwat.
Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam,
wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang ‘berasmara’ di
dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan
orang ramai.
Hasil siasatan mendapati wanita terbabit
sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun
kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya
kerana sering melakukan perbuatan bidaah.
Difahamkan wanita sering mengikuti
pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit
Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang
dianggap sealiran dengannya.
Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu
sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap
dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk
melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.
“Beliau anggap suaminya najis kerana
mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat
tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.
“Wanita berkenaan sanggup menjalinkan
hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya
kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat
dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam
sebuah kereta tengah hari semalam,” katanya.
Bukan itu saja, wanita terbabit yang
terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya
supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak
mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.
Katanya, akibat cinta sudah menguasai
mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari
alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar
daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.
“Hampir dua tahun wanita tersebut tidak
bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai
terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana
sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah
tangganya.
“Ketika pasangan itu ditahan di dalam
sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar
lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu
dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.
Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris
Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen
Jenayah Syariah Selangor. (IH)
No comments:
Post a Comment