STOCKHOLM – Kartunis Sweden, Lars Vilks mendakwa dia melukis kartun
Nabi Muhammad bukan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.
Menurut Vilks, tindakannya bertujuan untuk mencabar aspek politik dalam dunia seni.
“Sebelum ini ramai berpendapat tiada sempadan atau batas dalam seni. Lukisan itu membuktikan sebaliknya,” kata Vilks.
Pelukis itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia terlalu dangkal kerana gagal menjangkakan kesan buruk daripada perbuatan tersebut.
“Saya melukis karikatur ini terhad untuk satu acara tempatan,” ujarnya.
Jihad Jane
Karikatur biadap itu mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam selepas hasil karyanya tersiar dalam beberapa buah akhbar. Sejak itu, beberapa pihak meletakkan ganjaran AS$100,000 (RM361,890) untuk membunuhnya. Vilks juga menerima banyak ugutan bunuh, manakala rumahnya dibaling bom api sehingga dia terpaksa diberikan kawalan 24 jam oleh polis.
Beberapa individu yang merancang untuk membunuhnya telah dihantar ke penjara termasuk seorang wanita dikenali sebagai Jihad Jane.
BEBERAPA anggota polis berkawal di kawasan kejadian apabila berlaku satu kejadian tembakan di Copenhagen, Denmark pada Sabtu lalu. - AFP
Serangan pada Sabtu lalu oleh seorang lelaki dikenali sebagai Omar El-Hussein di Copenhagen itu menyebabkan dua terbunuh. Vilks terselamat selepas disembunyikan di dalam sebuah bilik sejuk.
Dia berada di Copenhagen untuk menghadiri satu dialog sempena ulang tahun ke-25 Iran mengeluarkan fatwa bunuh terhadap penulis Britain, Salman Rushdie. – Reuters
No comments:
Post a Comment