Dalam Al-Quran dan Hadis juga ada banyak dalil yang menganjurkan kita untuk selalu bersabar dan berfikiran positif terhadap segala sesuatu. Namun, anda tahu tak, bahawa ternyata sabar dan mempunyai fikiran positif itu mempunyai manfaat yang luar biasa bagi kesihatan?
Mengucap 'Alhamdulillah' ternyata baik untuk kesihatan.
Seperti yang tertulis di dalam surat Al-Baqarah berikut ini:
- "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." [QS. Al-Baqarah ayat 155]
- "(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:" Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun "." [QS. Al-Baqarah ayat 156]
- "Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." [QS. Al-Baqarah ayat 157]
Dalam ilmu pengetahuan moden, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa rahmat yang disasarkan, adalah berupa semakin meningkatnya kesihatan bagi yang bersabar dan berfikiran positif. Penyelidik Barat seperti Bernard Jensen berkata dalam bukunya 'The Science and Practice of Iridology', doktor masa kini mempunyai pandangan bahawa kekuatan manusia yang sesungguhnya bukan pada fizikalnya, tapi pada otaknya.
Dalam bukunya yang berjudul 'Your Health ... Your Choice', Dr. Ted M Morter menyebutkan bahawa fikiran negatif adalah pengeluar asid nombor wahid di tubuh manusia.
Nah, dari tahap keasidan yang tinggi itulah akan datang berbagai macam penyakit yang berasal dari tahap asid yang tinggi tersebut. Pasalnya tubuh bertindak balas terhadap sikap negatif dan tekanan emosi yang dibawa oleh fikiran negatif. Sama seperti saat bertindak balas terhadap ancaman fizikal secara nyata.
Untuk itu, biasakanlah diri kita senantiasa bersyukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan "Alhamdulillah". Kita harus berusaha untuk menjaga rumah dan persekitaran kerja kita terasa damai dan seboleh mungkin bebas dari stres. Salah satu cara agar kita dapat melawan kesan stres adalah menyedari akan tekanan yang kita hadapi, dan mengambil nutrisi yang cukup dan makanan tambahan seperti herba.
Biasakanlah untuk mengucapkan,
- "Alhamdulillah" untuk apa yang kita miliki;
- "Insya Allah" untuk apa yang kita niatkan; dan,
- "Subhanallah" ketika kita melihat sesuatu yang menarik atau menakjubkan.
- Juga mengucap "Astaghfirullah" apabila kita kehilangan kesabaran atau menjadi lemah.
- Dan yang paling penting, ucapkanlah "Allahu Akbar" ketika kita berhadapan dengan cabaran hidup.
Jom kita amal sama-sama! (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
No comments:
Post a Comment