
KL(IH): SEORANG lagi lelaki Islam dibunuh di Kanada. Berita ini masih tersembunyi, tolong sebarkan seluas-luasnya. Beliau yang terbunuh adalah Mustafa Mattan. Berita bersumberkan Astroawani.com.
Mustafa Mattan, satu nama yang agak asing bagi yang tidak mengetahui tentang kisahnya. Sehari
sebelum tragedi pembunuhan tiga remaja Muslim di Chapel Hill, Utara
Carolina, Amerika Syarikat seorang lelaki Islam kehilangan nyawanya di
Alberta, Kanada.
Tiada
penahanan dibuat sehingga saat ini mencetuskan kemarahan umat Islam yang
meggesa keadilan ditegakkan dengan membangkitkan isu ini di media
sosial.
Mangsa yang dikenali sebagai Mustafa Mattan, 28 tahun, lelaki Islam berketurunan Somalia-Kanada ditembak mati di pangsapurinya di Fort McMurray pada 9 Februari lepas (Isnin) Aduan
mengenai bunyi tembakan sekitar pukul 11.30 malam, membawa pihak polis
ke tempat kejadian di mana mereka menemui mayat mangsa.
Mustafa,
berkelulusan ijazah sains kesihatan dilaporkan baru sahaja berpindah
dari Ottawa dan menetap di kediaman barunya itu kurang sebulan lalu dan
bekerja keras mengumpul wang untuk perkahwinannya.
“Abang
saya ditembak melalui pintu sebelum sempat mencapai tombol dan tidak
sempat membuka pintu,” jelas adik lelakinya, Ahmed Mattan yang turut
menetap di pangsapuri berkenaan.
Kebanyakkan pengguna sosial menyatakan kekecewaan kerana tiada pendedahan mengenai kes ini daripada media-media utama. Ada
berpendapat kematian mangsa tidak mendapat publisiti seperti insiden di
Chapel Hill kerana ia tidak bermotifkan jenayah kebencian terhadap orang
Islam.
Mustafa
merupakan ahli jemaah Masjid Assalam di St. Laurent Boulevard, Ottawa
dimana umum menyifatkannya sebagai seorang Islam yang alim dan contoh
baik buat anak-anak muda.
“Beliau
ahli tetap jemaah kami. Seorang yang pendiam dan sederhana. Orang
terakhir yang terlintas di fikiran kamu akan pergi dalam cara yang
dahsyat,” kata Presiden Masjid Assalam, Abdulhakim Moalimishak.
Sahabat dan kenalan Mustafa menggunakan laman web gofundme.com di bawah nama Mustafa Mattan Funeral Cost untuk membantu keluarganya membayar kos pengkebumian.
Jenazah Mustafa selamat dikebumikan di Alberta, 12 Februari lalu. Meskipun
ada yang merasakan ia kes kesilapan identiti namun pihak polis menolak
sebarang spekulasi kerana kes masih disiasat dan suspek masih diburu.
Kini Trending: Siapa Mustafa Mattan?



No comments:
Post a Comment