Friday, February 13, 2015

Mari Amalkan Kata Ibadat, Jazakallahu Khairan Kathira!


ASSALAMU 'ALAIKUM; atau sejahtera padamu.

Selalu kita dengar word tQ, thanx, terima kasih, terimas, mekasih, 10Q, xie-xie, arigato, merci  atau shukriya..termasuk jugak syukran..

Tapi kata-kata ini lebih istimewa lagi, berpahala atau mendapat ganjaran baik di akhirat. Senangnya Allah SWT anugerahkan balasan baik dengan menjadikannya kata ibadat. Iaitu kata 'jazakallahu khairan kathira'
Jom sama-sama kita amalkan. Moga bermanfaat.
  • 'JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA' -ucapan untuk ramai-ramai.
  • 'JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA' - untuk lelaki
  • 'JAZAKILLAHU KHAIRAN KATHIRA'- untuk perempuan.
Do you know the meaning of those words?
  • Jazakallahu - semoga Allah memberi/menambah kepadamu 
  • khairan - kebaikan 
  • kathira -yang banyak
Ertinya, "Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak."  Kalau seseorang mengucapkan 'Jazakallahu khairan kathira' kepada kamu, balaslah.. 
  • Wa iyyaka (untuk seorang lelaki). 
  • Wa iyyaki (untuk seorang perempuan). 
  • Wa iyyakum (untuk ramai).
Dan ini adalah maksudnya: 
  • Dan ke atas kamu juga.
Marilah kita beramal bersama-sama. Insya Allah! (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu.. 
  E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

No comments:

Post a Comment