HUBUNGAN seks bebas dan kegiatan pelacuran kini menjadi penyumbang utama kepada penyebaran penyakit HIV dan AIDS hari ini. – Gambar hiasan.
Najis zina hanya ada pada manusia babi..
KL: Selesaikan masalah aid dengan Hudud. Demikian pandangan weblog Ibnu Hasyim. "Ini kerana hubungan seks bebas atau najis zina itu menjadi penyumbang kepada penyebaran penyakit HIV dan AID." Kata editornya Hj Mohd Hasyim sebentar tadi.
"Hanya kaedah sistem perundangan Islam yang 'Hudud' ada di dalamnya mampu menyekat hubungan seks bebas secara berkesan seperti dibuktikan dalam sejarah perundangan manusia masa silam." Jelas Hj Mohd. "Tiada seks bebas, tiada aid."
Ini, berikutan Majlis AIDS Malaysia (MAC) melahirkan kebimbangan dengan trend penularan penyakit HIV dan AIDS di negara ini apabila hubungan seks menjadi penyumbang utama kepada penyebaran penyakit tersebut pada masa ini.
Pengarah Eksekutif MAC, Roswati Ghani berkata, senario penyebaran HIV dan AIDS kini berubah daripada penggunaan jarum suntikan untuk pengambilan dadah kepada hubungan seks bebas. Katanya, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika pada tahun 2006 sebanyak 31 peratus pesakit HIV dan AIDS dijangkiti penyakit itu melalui hubungan seksual, namun angka tersebut meningkat mendadak sehingga 74 peratus pada tahun 2013.
"Saya risau kerana saban tahun, semakin ramai orang terdedah dengan aktiviti kurang sihat serta terlibat dengan gejala sosial antaranya, seks bebas," kata Roswati ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Awam terhadap AIDS dan HIV di Pusat Pameran Viva di sini semalam.
"Kementerian Kesihtan boleh buat kajian mendalam dalam hal ini, dan panjangkan kepada atasan kerajaan, demi masa depan kesihatan negara." Tambah Hj Mohd lagi. (IH)
No comments:
Post a Comment