Monday, February 16, 2015

'Masjid Berjalan' Selesaikan Masalah Kurang Tempat Ibadat Di Moskow.

'Masjid berjalan', boleh atasi masalah kekurangan masjid di Moskow. 

JOM KREATIF
MENGHADAPI masalah kurangnya tempat ibadah di bandar Moscow, muslim Rusia dapat idea kreatif yang tepat. Mereka melakukan kempen mengumpul dana untuk perolehan lori treler yang ditukar menjadi masjid berjalan atau masjid bergerak.

"Pada masa ini terdapat 2 juta warga muslim di Moscow. Mereka terpaksa merasa cukup dengan 4 masjid untuk menampung jamaah yang begitu besar," tulis Alsu Khafis, penulis projek Masjid Berjalan yang dimuat naik di laman Boomstarter dikutip Radio Free Europe, akhir minggu lalu.

Kapasiti tiap masjid di Moscow tidak seimbang dengan jumlah jamaah sehingga warga muslim kesulitan menjalankan ibadah mereka dengan leluasa. Hal ini tidak setanding dengan rentak pembangunan moden bandar Moscow.

Kekurangan masjid di Moscow begitu parahnya sehingga banyak warga muslim yang perlu menjalankan ibadah mereka di pejabat-pejabat pusat perniagaan, rumah-rumah dan kedai. Terlebih lagi, pembinaan masjid baru di Moscow selalu mendapat bantahan. Termasuk dari Datuk Bandar Sergei Sobyanin yang mengatakan pada November 2013 bahawa masjid di Moscow sudah cukup.

Untuk mengatasiinya, kini muncul kempen mengumpul dana melalui crowd-funding untuk membeli lori treler yang akan mengubah suai menjalankan masjid berjalan.

Kereta tersebut nantinya akan mempunyai ruang solat mini yang dilengkapi dengan tempat wuduk khas. Armada masjid berjalan ini akan keliling bandar untuk memberikan tempat sembahyang bagi warga muslim secara percuma.

Ildar Alyatdinov, kepala mufti Moscow, menyebut idea masjid berjalan seabgai 'benar-benar agak menarik'. Tetapi ia memberi amaran bahawa masjid berjalan tidak akan boleh menjadi pengganti suasana masjid yang sesungguhnya.

Ada sekitar 23 juta muslim di Persekutuan Rusia yang tertumpu di Kaukasus Utara. Jumlah tersebut mewakili kira-kira 15 peratus daripada 145 juta penduduk Rusia. Islam adalah agama kedua terbesar di negara itu, selepas Ortodoks Rusia. Menurut Russia Today, para ahli mengatakan bahawa, pada tahun 2050, umat Islam akan meningkat menjadi sekitar setengah dari penduduk Rusia, menjadikannya salah satu negara dengan jumlah muslim terbesar di dunia. (IH)


Video: Ini lain, Kubah masjid berjalan

Lihat lagi..
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
E-Buku IH-68: Siri 3

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails