
Datuk Bandar Surabaya Cari Pakej Coklat-Kondom-Bir
Surabaya: Wali Kota atau Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini (gambar sebelah), mengaku mencari pakej produk Hari Valentine berupa pakej coklat-kondom, dan coklat-kondom-minuman keras di pelbagai minimarket Surabaya.
Produk-produk tersebut langsung disita oleh Satpol PP, dan minimarketnya ditutup.
Dalam siasatan, gabungan Satpol PP, Linmas, TNI (tentera) dan Polri (polis) diumumkan serentak di seluruh wilayah Surabaya, Jumaat (13/2) malam. Petugas mencari pakej produk di dua minimarket di Surabaya Barat berupa coklat, kondom, dan bir. Sementara di Surabaya selatan berupa pakej coklat dan kondom.
"Minimarket di Surabaya barat terpaksa kami tutup kerana ternyata tiada mempamerkan izin usaha," kata Risma, Sabtu (14/2).
Risma mengaku akan terus melakukan serbuan di beberapa tempat, selain di minimarket penjual produk pakej Valentine. Ini dilakukan untuk melindungi pelajar di Surabaya dari kemasukan budaya barat yang tidak jelas asal usulnya.
"Bagaimanapun anak-anak selamat dulu dari pengaruh budaya barat ini," jelas dia.
Ternyata masih ada pemimpin yang ambil peduli dengan generasi muda zaman sekarang, kerana biasanya Wali Kota hanya mahu jaga imej dengan tidak mempedulikan akhlak generasi. Tri Rismaharini baru-baru ini, mendapat gelar pemimpin terbaik ketiga versi World Best City Mayor edisi Tahun 2014.
Kedudukan teratas adalah Wali Bandar Calgary, Kanada, Naheed Nenshi dan Wali Kota Ghent, Belgium, Daniel Termont di kedudukan kedua, sedangkan nama Risma di urutan ketiga. Tri Rismaharini juga pernh berjaya
menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara di bandar raya Surabaya
(Dolly), sebelum Ramadan tahun lalu.
Begitulah perjuangan Islam di negara umat Islam yang sekular dan bukan 'negara Islam. (IH)
No comments:
Post a Comment