Saturday, February 07, 2015

Pemberi Sedekah Kepada Pengemis Akan Dipenjara.


Norwegia bakal penjarakan orang yang beri sedekah ke pengemis
Norway bakal mengemukakan undang-undang yang melarang gelandangan mengemis di jalanan. Rancangan undang-undang itu menyebutkan peraturan ini bukan hanya untuk mencegah gelandangan mengemis tapi juga menolong mereka.

Siapa pun yang memberi wang, makanan atau tempat tinggal kepada pengemis akan dipenjara maksimum satu tahun, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Khamis (4/2). Menteri Kehakiman Vidar Brein-Karlsen berkata undang-undang itu buat menghalang para gelandangan yang punya rangkaian atau perniagaan terancang.

"Kami perlu undang-undang yang membolehkan polis menangkap pengemis yang kebanyakan datang dalam jumlah yang besar," kata dia.

Namun ahli parlimen beraliran sosialis Karin Andersen menuduh kerajaan sedang mengekang warganya.

"Negara Eropah paling kaya sedang criminalizes warga paling miskin di Eropah. Kebebasan berpendapat dilarang," kata dia dalam kicauan di akaun Twitternya.

Rancangan undang-undang ini masih dikacau hingga tarikh pada 15 Februari mendatang.


Bagaimana dalam hukum Islam? Sedangkan bersedekah kepada fakir miskin itu suatu kerjabuat yang mulia dan disuruh agama. (IH)

No comments:

Post a Comment