Thursday, February 26, 2015

Perusahaan M'sia Lecehkan TKI Belum Minta Maaf.

KL(IH): Media di Indonesia antaranya melaporkan, mereka masih ingat kes iklan RoboVac di Malaysia yang menghina pembantu rumah tangga Indonesia. Menurutnya, sampai sekarang, ternyata pengedar yang membuat banner kontroversi itu tidak pernah meminta maaf secara rasmi kepada mereka.

"Masih ingat kes iklan RoboVac di Malaysia yang menghina pembantu rumah tangga asal Indonesia? Sampai sekarang, ternyata pengedar yang membuat banner kontroversi tak pernah meminta maaf secara rasmi. Lalu, kenapa kerajaan (Indonesia) diam saja?

"Mereka belum sempat meminta maaf lantaran sudah keburu tutup," kata Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Arrmanatha Nasir dalam mesej ringkas kepada media di sana, Rabu (25/2).

"Kemungkinan besar, penutupan ini langsung dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Selepas kes tersebut riuh ramai di Tanah Air, pihak berkuasa Selangor langsung merazia (menyiasat) seluruh banner yang dipasang.

"Menurut KBRI kita di Malaysia, syarikat tersebut sudah ditutup demi kebaikan. Pihak Malaysia sendiri telah menarik iklan dari pusat membeli-belah di sana. " kata jurucakap itu.

Lelaki akrab Tata itu berkata peguam KBRI (Indonesia) masih mencari siapa pemilik syarikat tersebut. Soalnya KBRI melayangkan laporan kepada Polis Selangor. (IH)

No comments:

Post a Comment