Sunday, February 22, 2015

PKR: Permtang Pauh, Siapa Layak Dari 6 Mereka Ini?


Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan segera menjadi kerusi panas dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada ketika anak perempuan Anwar, Nurul Nuha disebut-sebut sebagai calon hangat, sekurang-kurangnya lima orang lain dikatakan menyimpan hasrat untuk bertanding dalam kubu terkuat yang menjanjikan `sure win' itu.

China Press melaporkan, antara pemimpin yang berminat beradu di Permatang Pauh termasuk bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution; bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Dikhabarkan turut berminat terhadap kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah Exco Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Amir Md. Ghazali.

Akhbar itu bagaimanapun melaporkan kelima-lima orang tersebut tidak mempunyai peluang yang besar kerana perlu mendapat restu daripada keluarga Anwar. Sekiranya Nurul Nuha sedia bertanding di Permatang Pauh, maka setiap orang perlu memberi laluan kepada anak Anwar tersebut.

Dalam pada itu, DAP sebagai rakan seangkatan juga dikatakan berhasrat menyokong Nurul Nuha untuk bertanding di Permatang Pauh. (MG)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails