SALURAN televisyen FOX 5 secara tidak sengaja menyiarkan gambar Obama sebagai suspek rogol. - AGENSI
SAN DIEGO, Amerika Syarikat – Sebuah stesen televisyen di sini secara
tidak sengaja menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS),
Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku sewaktu personaliti televisyen, Kathleen Bade
sedang menyampaikan berita berkaitan seorang suspek rogol yang didapati
tidak bersalah.
Gambar Obama telah disiarkan selama lima saat bersama teks ‘NO
CHARGES’ (tidak bersalah) dan pada masa yang sama, Bade melaporkan
Pendakwa Daerah San Diego, Bonnie Dumanis menarik balik dakwaan terhadap
suspek.
Tindakan itu telah mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong
Obama yang beranggapan bahawa stesen televisyen tersebut sengaja
melakukan perkara berkenaan.
“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama.
Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal
pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan
dibesarkan.
“Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian
terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya. – Agensi
No comments:
Post a Comment